Khamis, 23 Februari 2012

Superman n spiderman felt atas cape

satu cape untuk spiderman.. satu cape untuk superman.. yeahhh


superman logo di jahit menggunakan felt

spiderman punya muka juga jahit guna felt. mencabar gak nak hasilkan bentuk sarang labah-labah kat muka spiderman ni. nasib berjaya.

Semoga seronok la superhero ni nanti paki cape. ada party eh... aunty nak ikotttt

untuk sesiapa yang berminat nak belajar teknik menjahit felt atas tshirt/apron/beg boleh la ikut serta
Jahit felt on tshirt

17 Mac 2011 Sabtu
9.30pagi - 12.30tengahri
Bilik Mesyuarat 1, Tingkat 1
Pusat Komuniti Presint 16, Putrajaya
Bahan-bahan semua disediakan tidak perlu bawa apa-apa.
Bayaran RM70, deposit RM40
berminat boleh email saya kedaijahitku@gmail.com

 

Jumaat, 17 Februari 2012

Bila mama dilanda angin menjahit skirt


mama dia memang berangin. rancangan asal nak jahit satu skirt tempahan aje... terus menjangkit jahit lagi dua skirt untuk kakak nana. Dapat 3 skirt terus di malam hari yang tenang. Sebelum ramai yang bertanya saya beli fabrik comel-comel ni kat mana? saya beli di Zura Lovemelots. Hampir 80% fabrik yang comel-comel ni saya beli dengan Zura sebab fabrik yang dia jual semuanya supercute. Pastu saya senang aje terus pick-up kat rumah dia. Senang berurusan.



Fabrik Maybe in Blossom,Innocent Crush by Anna Maria H. Skirt ni untuk budak 2 tahun. Comel, warna soft purple



Nak bagi seimbang warnanya saya letak riben berwarna merah.. makin ceria la skirt ni jadinya. Skirt ni satu set tshirt yang dijahit felt. nanti dah siap habis saya upload yer.


Kakak nana nak skirt bertemakan pink. Fabrik dari Riley Blake: Sunny Happy Skies for Bella. Kalau ikut perasaan ada aje nak simpan kain ni buat pekasam.. belek-belek sebab sayang tapi dah beli kan.. jahit terus sementara angin sedang melanda. hehehe


Fabrik : Bird Swing in Multi by Michael Miller. Ni pon best senang nak sesuaikan dengan mana-mana tshirt dan blouse. Warna warni ceria.


Senang hati bila dapat jahit sesuatu buat Nana. Selama ni memang susah pon saya nak cari skirt untuk dia yang berkenan di hati.. kadang longgar sangat la.. ehhehe budak kurus.. dah sesuai pinggang.. pendek la.. tak nak la seksi2 kan.. Dapat dua helai ni terus rasa nak jahit lagi. Senang aje. setengah ela kain dapat satu  skirt nana. Seronok. :)