Jumaat, 20 April 2012

Tutorial Jahit Tudung Syria

Amaran: hahahha lom apa-apa dah ada amaran.. Saya tak teima tempahan jahit tudung syria. Tutorial ni sekadar suka-suka ikut kemahiran yang saya ada :)



Bahan-bahan yang diperlukan




  • kain lycra yang lebarnya tak sampai 1 meter, saya guna lebihan kain dari buat dress labuh yang dulu

  • gunting

  • eraseable pen

  • tudung contoh yang anda suka dengan size dia

  • mesin jahit janome 2049

  • mesin jahit tepi brothers


saya hanya tahu setting dua mesin jahit ini sahaja ye. Kalau nanti korang tanya nak setting mesin singer ke.. bernina ke... saya memang tak tau... hiks :P



lipatkan fabrik lycra supaya boleh kita trace tudung asal tu.. gayakan la ikut mana yang penting boleh bentuk satu tudung



letakkan tudung contoh atas fabrik lycra tadi.. kita akan abaikan awning tu.. tudung syria tak perlu awning. nanti masa nak trace pon agak-agak aje garis untuk buat garisan bahagian muka.



trace tudung tersebut dengan lebihan 1cm dari tudung contoh... ni nati nak jahit tepi dan di buat kelim



kedudukan tudung bila dah selesai gunting.. posisi di lipat



kedudukan fabrik yang di  buka... wrong side la kan


setting mesin jahit tepi, guna satu jarum... tention semua no 4



mulakan jahit tepi di bahagian muka. lebiha dalam 3mm untuk dipotong


selesai jahit tepi bahagian muka. lepas ni nak jahit lurus biasa di bahagian depan



setting mesin jahit janome. jahit lurus, benang jahit biasa, jarum mesin yang biasa juga.


jahit lurus bahagian depan. kelebaran dalam 8mm


bahagian depan yang selesai di jahit lurus biasa


jahit tepi pula untuk bahagian depan. buat lebihan kain dalam 2mm juga


selesai jahit tepi bahagian depan


lipat bahagian muka lebih kurang 8mm dan kemudian di jahit lurus. tak perlu tarik fabrik semasa menjahit. biarkan bergerak macam jahitan fabrik lain.


okay.. sekarang jahit tepi bahagian belakang (keliling tudung)


selesai jahit tepi keliling tudung


kemudian lipat dalam 8mm bahagian belakang/keliling tudung dan di jahit lurus juga


dah selesai jahit semua boleh la di seterika tudung tu supaya hasil nya lebih kemas


hasil tudung syria yang telah siap di jahit sendiri. puas hati? boleh la.. setenagh jam dah siap sehelai hehehe :)


sendiri jahit, sendiri pakai.. sendiri ambil gambar.. maka abaikan aje la kedudukan gambar... bahagian depan tudung yang dah siap. ada pembantu kat bawah tu.. nampak tak? ahahah



Bahagian belakang. Pembantu cilik dah turut serta,,, apa la yang mama buat ni.. ahhaha siap gelak besar dia bila tengok mama dia lari-lari nak tunggu timer kamera Klik... haha asal boleh je la kan nak...


ok la.. harap membantu la tutorial tak seberapa daripada saya ni. Kalau salah tolong betulkan... atau ada cara mudah yang lain boleh kongsikan dengan saya... :gg


 

Selasa, 17 April 2012

Jahit sendiri dress labuh :)

Nak bagitau awal-awal :gg Ni saya jahit untuk sendiri pakai, saya tak ambil tempahan jahit dress pon, takde kelayakkan pon. Cuba jaya aje.. asal boleh :)

Dress labuh dari fabrik lycra, mudah sangat nak menjahitnya.. saya ikut aje bentuk dress kegemaran.. tak perlu ada banyak teknik jahitan pon. Hanya asa jahitan lurus dan juga memerlukan mesin jahit tepi. Mudah digayakan dengan kot untuk kelihatan formal.


Tanpa lengan sebenarnya dress ini. Saya buat tanpa lengan bagi memudahkan di pakai dengan jacket, cardigan atau kemeja. Lagi satu teknik jahitan diperlukan adalah jahit bias di leher dan juga lengan. Malas nak ukur betul-betul kelebaran kain.. heheh tu yang agak lebar bias tape saya jadinya. Lepas ni boleh ukur kecil sikit kelebaran nya. Lagi akan nampak kemas.


Saya suka bahagian leher, nampak kemas. Sesuai pula corak fabrik bias tape tu dengan corak yang pada badan. Macam ada kesinambungan. Kat bahagian ketiak agak tak senonoh sikit. Hahahh nak cepat siap punya pasal dan juga pi gunting lebar sangat bias tape tu.


bawah dress... jahit tepi sikit lepastu di kelim untuk jahitan lurus biasa.

Dress labuh yang digayakan dengan kemeja. Mudah sangat nak buat dress ni. Saya gunakan kain bidang 90 dan lebar 1.5meter kain sahaja. Lepas ni boleh terjah Kamdar lagi cari kain lycra yang menarik. :)