Khamis, 24 Mei 2012

Koleksi butang balut comel

 Koleksi "Happy".. Paling best ada gambar basikal... comel
Saya saja kumpulkan gambar butang balut yang saya buat sendiri untuk tatapan... nanti kalau dah guna di buat projek takde dah kan butang ni kan. Butang balut (covered button) ni saya gunakan acuan yang dibeli di Daiso. Kalau nak beli di kedai Craft SS2 pon ada. Saya tak jual la ye. :)

Ini pula koleksi "Random" Potong aje lebihan kain yang rasa sesuai untuk di buat butang. 

Koleksi "Sweet"... manis sangat kan... nak-nak tang bentuk lace dan ros pinky tu...

Yang ini koleksi "Cafe" hahaha ada gambar baca paper lagi. Kelas kan... butang ni size dalam 25mm

Macam mana nak buat butang balut ni sendiri.. Boleh baca di Tutorial membuat butang balut

Selasa, 15 Mei 2012

Kedai bekalan barang jahit & kraf kegemaran

Saya nak berkongsi senarai kedai yang saya selalu beli bahan-bahan menjahit dan membuat keraf

Fabrik
1.  zura lovemelots english fabriks yang corak dia mmg payah la nak jumpa kat malaysia
2. berry berry tomodachi ni arifahira pemilik dia, fabrik dari jepun.. Sapa nak cari linen cute mmg leh beli kat sini
3. Kamdar kajang

Felt, buttons, craft supplies
1. sus n d felt product saya beli felt saya semua dari adik kesayangan ni... Eheheh hari ni bayar esok dia pos... Macam macam ada.harga pon bersesuaian. Button n ribbons pon ada
2. chomelcraft owner dia Azza, saya beli langsung sepit2 rambut dgn ribbon yang comel
3. Minlon, besraya. Alat-alat menjahit

Item scrapbooking dan stamping boleh tgk sini scrapbook

Jumaat, 11 Mei 2012

Tutorial buat bias tape/kun

Bagi yang tanya saya ada jual tak lg bias tape maker tu, minta maaf la mmg takde stok buat masa ni. Susah sangat takde bias tape maker, ni cara nak buat sendiri tanpa bantuan alat tu




Ni contoh hasil saya jahit bias tape pada shawl bawal hari tu. Katakan kita nak hasil akhir yang telah siap di jahit 1 cm, kita kena darab 4 utk buat potongan kain berwarna dark pink tu...

Contoh kiraan utk potongan kain bias tape:
Hasil akhir 1cm >> 1 x 4 = 4cm potongan kain
Hasil akhir 2cm >> 2 x 4 = 8cm potongan kain





a. Ukur 4cm untuk buat potongan, garis la ikut ukuran tu
b. Potong kain utk buat bias tape
c. Lipat kain tersebut menjadi 2 bahagian.. Kemudian, iron kan... Hasilnya menjadi 2cm
d. Lipat satu bahagian masukkan ke dalam, dan iron... Hasil jadi 1cm
e. Lipatkan lagi satu bahagian masuk ke dalam, dan iron.





1. Ini hasil akhir bias tape/kun yang dah siap berukuran 1cm
2. Ini rupanya bahagian dalam kalau kita buka... Nampak macam surak di lipat empat
3. Ini bahagian luar bila di buka... Nampak garis-garis kesan di iron tadi. Garis tu nanti boleh dijadikan panduan masa nak jahit

Macam mana nak jahit bias tape, kun... Boleh jengah kat tab tutorial atas tu... Ada tutorialnya juga

Selamat mencuba :)

Khamis, 3 Mei 2012

Set Nursing cover + uncang

Kombinasi nursing cover In love dengan polkadot merah putih. ceria terus jadinya NC ni.

Tuan punya NC request saya jahit kan sekali pouch untuk NC beliau. Saya gabungkan juga warna yang sama untuk pouch tu. Lepas ni senang la beliau bawa NC tu ya. Selamat menyusu dengan ceria yer. :) Terima kasih