Isnin, 8 Disember 2014

Belajar menjahit kemeja wanita

Akhirnya cita-cita nak belajar menjahit kemeja wanita berjaya juga. Belajar dengan Cikgu Saneera. Cikgu import dari kluang.
Seronok sangat sebab dapat belajar step by step.. Dari mengukur, melukis pola bagai... isshh seronok.... dpt gak cedok ilmu macam mana nak potong kain dengan mudah

 jahit lengan baju sebelum di sambung dengan cuff nya

 nak sediakan kolar baju pula
muka bersungguh-sungguh tu belajar.. cikgu kat sebelah aje bagi tunjuk ajar sebaik mungkin
Bahagian paling teknikal sekali. Hehhehe leher dan kolar baju... Fuhhhh berpeluh juga... tapi sebab cikgu expert.. hasilnya mestilah kemas dan terbaik

 Tadaaa.... ni hasil akhir... siap gabungkan 2 jenis corak kain.. sanggup kan... belajar mestilah nak dapatkan hasil yang terbaik. siap dart depan belakang

belajar teknik papan/tulang sekali.. siap dengan corak melengkung kat dada..

cuff yang cun melecun kat hujung tangan
apa lgi... possing la.. kembang hidung la kan pakai baju baru hasil jahitan sendiri.. siapa yang tak bangga... alhamdulliah... lepas ni nak jahit lagi kemeja sendiri


Jumaat, 28 November 2014

Tutorial tapak mesin jahit sembat / blind hem foot


Ni la rupa tapak mesin tu. Tapak mesin jahit sembat  atau blind hem foot
Kalau rasa tak semoat jahit tangan boleh la guna tak ni untuk menyembat
Boleh je guna untuk semua mesin portable yang ada pilihan corak-corak tu

 Lipatkan ke dalam kain yang dijahit tepi. Kalau tak nak jahit tepi, boleh lipat 2 kali atau kepanjangan yang disukai.



Lepas tu letak kain macam dalam gambar. Sebelum tu tapak jahit lurus atau zig zag hendak lah di tanggalkan. Pasangkan tapak jahit sembat ni.


Ni Setting untuk kedudukan benang dan jarum. Ikut anak panah merah tu. Corak F. Kelebaran benang 3.2 atau 3 pon boleh, Kedudukan jarum di no 3,
Ini rupanya kalau dah lepas jahit. Corak jahitan tu la yang akan cubit kain atas dan sembat kain tu

inirupanya kita buka lipatan tu untuk bahagian dalam
Ini rupa bahagian luar sebelum di seterika
Ini hasil akhir setelah diseterika. Kalau pakai benang sama warna memang cantik aje hasilnya. Kemas dan pantas.

Rabu, 26 November 2014

Cuti Sekolah dah bermula

Cuti sekolah aje kena larancang sebaik-baiknya untuk budak-budak ni. Ada pula merungut boring-boring tak tau nak buat apa. Nak-nak anak yang lelaki tu.. laju je kata boring tak benda nak buat sangat. Ialah tu sayang...

Rancangnya ada minggu nak hantar balik kampung.. ada minggu kita jalan-jalan di sini aje. Tak boleh nak hantar abang dan kakak balik kampung lama sangat sebabnya nanti adik mesti mencari-cari. Ialah selama ni rumah riuh rendah aje bunyi nya, abang kakak takde mesti sepi je terus. Adik semestinya tak boleh dihantar balik kampung sebab nanti mama rindu hikss,...


Kali pertama yaya masuk swimming pool. Umur 7 bulan lebih. Mula-mula takut lepas tu... tak mau keluar dah. Sama naik dengan abang dan kakak. Happy je muka. Tangan kaki dah kecut pon buat dek aje. Yaya pakai swim suit abang aje ha... Muat dan elok lagi. Bagus la anak2 mama semua hantu air.. pantang nampak air... nak terjun aje. Kalau tak bagi seharian merengek... sakit telinga, Nanti ada masa kita pi swimming lagi ya.
 

Selasa, 25 November 2014

Update Cabaran 10 blouse


Lama tak update dengan #cabaran10blouse saya ni. Kategori blouse saya termasuklah kurung moden juga la eh... hehehe kiranya diri sendiri la yang pakai. Nak polish balik skill jahitan yang tak seberapa ni kan. Diam tak diam dah 7 pasang saya jahit,

Ada lagi 3 pasang lagi kena jahit. Baru boleh terima tempahan kawan-kawan... katanya hehehe . Bila saya start jahit blouses ni ramai yang berminat nak jahit. Seronok kan dapat pakai blouse ikut selera sendiri.

Tengah curi-curi masa untuk jahit blouse lagi.. nak siapkan bagi bersemangat nak pakai. Kalau ikut hati dan nafsu tiap-tiap hari nak menjahit tapi apa kan daya kan.. banyak kerja utama yang perlu diselesaikan di samping membelek si comel dan eldest 2 tu...

Harapnya sekali lagi... abis bulan disember ni dapat la saya jahit 10 blouse utk diri sendiri... amin....

Isnin, 17 November 2014

Tutorial menggunakan tapak jahit kedut

Tapak kegemaran kalau nak jahit dress atau pun ruffle. Tak perlu nak buat manual nak jelujur bagai. Guna aje tapak rupa ni. Tapak jahit kedut.

Susun fabrik macam ni. yang nak dikedutkan bahagian bawah 


Setting untuk jahit kedut.

Kena ketatkan benang sampai 7. 
macam ni la hasilnya bila jahit kedut guna tapak kedut tadi. ni saya dah tekankan lagi jahit atas kain tu. Selamat mencuba

Ahad, 26 Oktober 2014

Sibuk jahit dress anak2 pula

Tengah siapkan dress flower girls yg ada lace di dada. Suka sangat warna ni. 
Ni dress comel utk yani... bukan main lagi suka bila saya pakai kan dress..
Bahagian belakang. Butang comei sama tema dengan polkadot yang ada kat baju 
Yang ini pula blouse top utk nana. Boleh pakai dengan seluar panjang
Kemaruk betul nak jahit dress kan utk yani, ni dress siap ada macam kepak di bahu... rasa la angin masuk dlm...

Kalau ada yang berminat nak tempah jahit dress utk kanak kanak boleh wasap saya ye 019.266.8076

Khamis, 9 Oktober 2014

Hujung minggu


tukang sibuk mama... semua nak mencelah kalau mama buat.. semua dia nak cuba.. tak bg nanti ada yang merajuk
saya tambah guna bekas botol minyak jadikan pasu tambahan nak tanam daun limau purut.. dari terbuang aje botol tu kan... kita recycle apa yang patut


si tembam adik yang setia mengikut aje ke mana orang pergi,.. diam aje duduk dekat stroller janji dia nampak semua orang


kakak nana biasalah lincah tak ingat.. gambar hari ni semua hasil tangkapan abg hariz.. segala mak nenek la dia ambil gambar

bila cek dalam kamera macam-macam gaya gambar ada.. tengok aje la ni.. entah bila dia ambil gambar... kena lah mendelete gambar yg tak sepatutnya. buat penuh memori handphone aje

satu set anak mama yang macam macam gaya keletah perangai... sehari tak jumpa sunyi kehidupan rasanya... tapi.. kalau nak menakal tu bukan dia kira.. hahaha adik yg bam bam gerammmmm

Selasa, 7 Oktober 2014

Menerima tempahan menjahit dress kanak-kanak

Seronok jahit dress untuk anak anak.. lagilah dgn corak fabrik yg ceria dgn pelbagai warna. Kalau ada yg berminat nak customized dress anak masing masing dari newborn sampai 12 tahun boleh wasap atau email saya ye... selamat menjamu mata

Ahad, 14 September 2014

#cabaran10blouse : blouse no 3

Puas hati sangat dengan hasil kali ini. Masih guna yoke blouse pattern sebagai asas untuk menjahit blouse.cuma kali ini, bahagian depan nya saya buat pleated. Kalau design asal macam blouse no 1 kan, gathered semua bahagian depan. Saya Labuh kan juga baju tu. Rasa lagi selesa nak di pakai dan menyusu baby kiranya. kain corak abstrak rasa nya sangat la sesuai kalau buat blouse ni. Saya kombo kan aje dengan lebihan kain chiffon yang ada.
untuk blouse ni, saya ulangkaji nak buat lubang butang. Buka lah balik tutorial yang pernah saya buat untuk lubang butang. Banyak kali juga buat tapi tak jadi jadi. Apa step yg saya lupa agaknya. Belek punya belek rupanya lupa nak tekan butang reset. Ceh... itu aje. da selesai masalah utama, maka berjaya la jahit lubang butang. Ini dia cuff di tangan. Sama kain dengan yoke di dada. Seronok bila dah berjaya buat

Selasa, 9 September 2014

Susun atur sudut menjahit

 Apabila mood menjahit dah datang kembali, baru la timbul rasa kesdaran nak mengemas bilik jahit ni. Semenjak pindah rumah, masa tu tgh mengandung 5 bulan.. memang tak larat apa, letak aje semua mesin, kain, kotak, buku dan alat-alat menjahit dalam satu bilik. memang tak ambil tahu. tak daya nak mengemas semua. lepastu pula dah bersalin, lagi la tak buat tak tau.

Bila hayani dah besar sikit dan mood menjahit dah muncul, cari barang ada aje yang tak ada.. benang pon tak jumpa. rasa semua benda tak cukup. tu tandanya memang nak kena punggah dan kemas le.


 Ini hasilnya bila dah siap kemas.. susun benda penting atas meja jahit. benang, sekoci, jarum peniti dab juga pelbagai tapak mesin jahit.

 2 buah mesin kesayangan, Mesin janome harmony 2049, dah 5 tahun bersama saya. Mesin jahit tepi brothers yang banyak membantu hasil jahit saya.

 tu diaaa..... tracing pencil.. punya la banyak kan. berguna sangat di waktu sekarang yang sibuk lah nak menjahit blouse aje kan.

 berlubur benang jahit ada.. semangkuk benang. macam-macam warna ada. masa mula cari sebuku benang pon tak jumpa. nah... senang hati nak jahit kalau semua benda da ada

inidia koleksi tapak mesin jahit janome ku. ada yang belum pernah guna lagi. amatur la katanya. setiap kali nak guna mesti mencari balik entry pasal tapak mesin jahit ni heheh


ouh ini kesayangan forever... sibuk aje kat tepi kalau mama menjahit. sambil duduk tepi tu sambil sibuk tanya macam macam soalan. sampai tak terjawab kadang. terhibur aje hati kalau di ada kat sebelah

Selasa, 2 September 2014

Cabaran 10 blouse

semangat membara nak menjahit blouse.. so apalagi buat hashtag #cabaran10blouse
kali ni guna pattern yoke blouse yang di alter supaya depan dia takde cantuman. Saya jahit simple blouse sahaja
macam biasa ikut pattern yang ada.. trace dulu atas kain sebelum gunting.. kemudian jahit, Ada 4 helai potongan kain la kiranya. jahit tepi keliling
Siap sudah blouse idaman...

bawah baju ada pleated.. nampak tak nampak aje hhehe
leher baju pula saya jahit dengan bias tape. tak perlu berlebihan kat leher sebab pakai tudung tak nampak apa2

lengan baju saya letak getah. cantik kuncup sikit.
ada lagi 8 blouse untuk genapkan #cabaran10blouse ni
harapnya berjaya la...