Isnin, 25 Ogos 2014

Menjahit yoke blouse

Dah lama tak menjahit saya menggodeh etsy sebab teringin nak menjahit blouse sendiri. Selama ni beli blouse banyak yang jarang dan kena pakai inner. Semenjak ada baby ni nak pakai berlapi-lapis amatlah tak selesa dan kalau ketat susah pula nak breastfeed. Berkenan dengan pattern yoke blouse dari Salme sewing pattern ni. Apa lagi laju-laju la saya beli pattern ni.
 
Bila dah beli, print pdf pattern yang diberi dan acara menggunting dan menampal pon kena pantas dibuat sementara semangat berkobar-kobar nak menjahit ni ada.

Ni selepas siap di dicantum dan dijahit tepi. Kemasan belum siap lagi.
Gembira dengan hasil bila dah siap. Leher tu jahit guna bias aje. Takde butang zip bagai. Serlum aje kepas la kepala, Menepati ciri-ciri yang saya nak pada blouse. Selesa, longgar, tak payah pakai inner dan bergaya pastinya.

Perkenalkan photographer comei saya. Mak dia poyo nak bergambar kan
Kembang hidung sikit pakai baju hasil jahitan sendiri. Lama dah mesin jahit tu berhabuk masa preggy. Blouse boleh pakai dengan seluar, skirt atau kain baju kurung moden. Semua boleh la... tak sabar nak pi beli kain lagi nak menjahit. HAPPY :)


4 ulasan:

  1. Badan maintain selim melim....boleh pakai dress apa pun...comel...heheheh
    Bila lah nak gomol Hayani ni...huhuhuh
    Tak dapat datang masa open house haritu, baru balik dari kg jaga mak saya. Kehidupan haru biru...hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti free dtg la rumah. Lama betul tak sembang. Rinduuuu

      Padam
  2. Cantik..
    bila la nak sampai seru jahit baju ni... hihi

    BalasPadam
  3. Selain salme sewing pattern,awk tau pattern yg len g tak?leh g tau sya.da tgk da pelbgai pattern salme mnarik gak...

    BalasPadam