Ahad, 14 September 2014

#cabaran10blouse : blouse no 3

Puas hati sangat dengan hasil kali ini. Masih guna yoke blouse pattern sebagai asas untuk menjahit blouse.cuma kali ini, bahagian depan nya saya buat pleated. Kalau design asal macam blouse no 1 kan, gathered semua bahagian depan. Saya Labuh kan juga baju tu. Rasa lagi selesa nak di pakai dan menyusu baby kiranya. kain corak abstrak rasa nya sangat la sesuai kalau buat blouse ni. Saya kombo kan aje dengan lebihan kain chiffon yang ada.
untuk blouse ni, saya ulangkaji nak buat lubang butang. Buka lah balik tutorial yang pernah saya buat untuk lubang butang. Banyak kali juga buat tapi tak jadi jadi. Apa step yg saya lupa agaknya. Belek punya belek rupanya lupa nak tekan butang reset. Ceh... itu aje. da selesai masalah utama, maka berjaya la jahit lubang butang. Ini dia cuff di tangan. Sama kain dengan yoke di dada. Seronok bila dah berjaya buat

3 ulasan: