Selasa, 9 September 2014

Susun atur sudut menjahit

 Apabila mood menjahit dah datang kembali, baru la timbul rasa kesdaran nak mengemas bilik jahit ni. Semenjak pindah rumah, masa tu tgh mengandung 5 bulan.. memang tak larat apa, letak aje semua mesin, kain, kotak, buku dan alat-alat menjahit dalam satu bilik. memang tak ambil tahu. tak daya nak mengemas semua. lepastu pula dah bersalin, lagi la tak buat tak tau.

Bila hayani dah besar sikit dan mood menjahit dah muncul, cari barang ada aje yang tak ada.. benang pon tak jumpa. rasa semua benda tak cukup. tu tandanya memang nak kena punggah dan kemas le.


 Ini hasilnya bila dah siap kemas.. susun benda penting atas meja jahit. benang, sekoci, jarum peniti dab juga pelbagai tapak mesin jahit.

 2 buah mesin kesayangan, Mesin janome harmony 2049, dah 5 tahun bersama saya. Mesin jahit tepi brothers yang banyak membantu hasil jahit saya.

 tu diaaa..... tracing pencil.. punya la banyak kan. berguna sangat di waktu sekarang yang sibuk lah nak menjahit blouse aje kan.

 berlubur benang jahit ada.. semangkuk benang. macam-macam warna ada. masa mula cari sebuku benang pon tak jumpa. nah... senang hati nak jahit kalau semua benda da ada

inidia koleksi tapak mesin jahit janome ku. ada yang belum pernah guna lagi. amatur la katanya. setiap kali nak guna mesti mencari balik entry pasal tapak mesin jahit ni heheh


ouh ini kesayangan forever... sibuk aje kat tepi kalau mama menjahit. sambil duduk tepi tu sambil sibuk tanya macam macam soalan. sampai tak terjawab kadang. terhibur aje hati kalau di ada kat sebelah

2 ulasan:

  1. bestkan klu bilik jahit dah kemas..terasa banyak inspirasi dan idea nk menjahit pun banyakkan..hihihi

    BalasPadam
  2. Kemasnya..bilik jahit saya xtau nak ckp apa..hihihi....byk Sgt barang

    Jom lawat blog sy

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam