Selasa, 25 November 2014

Update Cabaran 10 blouse


Lama tak update dengan #cabaran10blouse saya ni. Kategori blouse saya termasuklah kurung moden juga la eh... hehehe kiranya diri sendiri la yang pakai. Nak polish balik skill jahitan yang tak seberapa ni kan. Diam tak diam dah 7 pasang saya jahit,

Ada lagi 3 pasang lagi kena jahit. Baru boleh terima tempahan kawan-kawan... katanya hehehe . Bila saya start jahit blouses ni ramai yang berminat nak jahit. Seronok kan dapat pakai blouse ikut selera sendiri.

Tengah curi-curi masa untuk jahit blouse lagi.. nak siapkan bagi bersemangat nak pakai. Kalau ikut hati dan nafsu tiap-tiap hari nak menjahit tapi apa kan daya kan.. banyak kerja utama yang perlu diselesaikan di samping membelek si comel dan eldest 2 tu...

Harapnya sekali lagi... abis bulan disember ni dapat la saya jahit 10 blouse utk diri sendiri... amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan