Jumaat, 28 November 2014

Tutorial tapak mesin jahit sembat / blind hem foot


Ni la rupa tapak mesin tu. Tapak mesin jahit sembat  atau blind hem foot
Kalau rasa tak semoat jahit tangan boleh la guna tak ni untuk menyembat
Boleh je guna untuk semua mesin portable yang ada pilihan corak-corak tu

 Lipatkan ke dalam kain yang dijahit tepi. Kalau tak nak jahit tepi, boleh lipat 2 kali atau kepanjangan yang disukai.



Lepas tu letak kain macam dalam gambar. Sebelum tu tapak jahit lurus atau zig zag hendak lah di tanggalkan. Pasangkan tapak jahit sembat ni.


Ni Setting untuk kedudukan benang dan jarum. Ikut anak panah merah tu. Corak F. Kelebaran benang 3.2 atau 3 pon boleh, Kedudukan jarum di no 3,
Ini rupanya kalau dah lepas jahit. Corak jahitan tu la yang akan cubit kain atas dan sembat kain tu

inirupanya kita buka lipatan tu untuk bahagian dalam
Ini rupa bahagian luar sebelum di seterika
Ini hasil akhir setelah diseterika. Kalau pakai benang sama warna memang cantik aje hasilnya. Kemas dan pantas.

Rabu, 26 November 2014

Cuti Sekolah dah bermula

Cuti sekolah aje kena larancang sebaik-baiknya untuk budak-budak ni. Ada pula merungut boring-boring tak tau nak buat apa. Nak-nak anak yang lelaki tu.. laju je kata boring tak benda nak buat sangat. Ialah tu sayang...

Rancangnya ada minggu nak hantar balik kampung.. ada minggu kita jalan-jalan di sini aje. Tak boleh nak hantar abang dan kakak balik kampung lama sangat sebabnya nanti adik mesti mencari-cari. Ialah selama ni rumah riuh rendah aje bunyi nya, abang kakak takde mesti sepi je terus. Adik semestinya tak boleh dihantar balik kampung sebab nanti mama rindu hikss,...


Kali pertama yaya masuk swimming pool. Umur 7 bulan lebih. Mula-mula takut lepas tu... tak mau keluar dah. Sama naik dengan abang dan kakak. Happy je muka. Tangan kaki dah kecut pon buat dek aje. Yaya pakai swim suit abang aje ha... Muat dan elok lagi. Bagus la anak2 mama semua hantu air.. pantang nampak air... nak terjun aje. Kalau tak bagi seharian merengek... sakit telinga, Nanti ada masa kita pi swimming lagi ya.
 

Selasa, 25 November 2014

Update Cabaran 10 blouse


Lama tak update dengan #cabaran10blouse saya ni. Kategori blouse saya termasuklah kurung moden juga la eh... hehehe kiranya diri sendiri la yang pakai. Nak polish balik skill jahitan yang tak seberapa ni kan. Diam tak diam dah 7 pasang saya jahit,

Ada lagi 3 pasang lagi kena jahit. Baru boleh terima tempahan kawan-kawan... katanya hehehe . Bila saya start jahit blouses ni ramai yang berminat nak jahit. Seronok kan dapat pakai blouse ikut selera sendiri.

Tengah curi-curi masa untuk jahit blouse lagi.. nak siapkan bagi bersemangat nak pakai. Kalau ikut hati dan nafsu tiap-tiap hari nak menjahit tapi apa kan daya kan.. banyak kerja utama yang perlu diselesaikan di samping membelek si comel dan eldest 2 tu...

Harapnya sekali lagi... abis bulan disember ni dapat la saya jahit 10 blouse utk diri sendiri... amin....

Isnin, 17 November 2014

Tutorial menggunakan tapak jahit kedut

Tapak kegemaran kalau nak jahit dress atau pun ruffle. Tak perlu nak buat manual nak jelujur bagai. Guna aje tapak rupa ni. Tapak jahit kedut.

Susun fabrik macam ni. yang nak dikedutkan bahagian bawah 


Setting untuk jahit kedut.

Kena ketatkan benang sampai 7. 
macam ni la hasilnya bila jahit kedut guna tapak kedut tadi. ni saya dah tekankan lagi jahit atas kain tu. Selamat mencuba