Khamis, 3 Disember 2015

Seronok belajar menjahit ramai-ramai

Beginilah keadaanya kalau ada kawan yang dah terpengaruh nak menjahit juga. Kita layan dia bagi seronok. Bawa la diaorang ke kedai beli mesin, cari yang sesuai dengan bajet yang ada.
Sambil cuba sambil gelak. Make it happy...
Muka tak percaya dah nak beli mesin
Yeayyy.. hak milik kami.

Dah beli tu saya offer diaorang jahit, basic guna mesin jahit aje step by step dan bagaimana nak troubleshoot. Enjoy je... hahahah masa berlalu cepat aje kalau semua tengah fokus
Saya aja kat rumah aje, sila lah bawa mesin masing-masing. Beramah mesra dengan mesin masing-masing,
Saya cadangkan mesin GS2700. Banyak kelebihan yang ada dan bersesuaian dengan status beginner sewist. 
Pandai-pandai la nak survive kan... Jahit lurus aje. Haritu semua cuba jahit skirt bergetah. Simple aje. Tapi buat pertama kali pegang mesin memamng macam-macam isu keluar. hahahah
semangat ni. sorry la kena potong atas lantai. hihi selesa katanya. tak cukup meja
hasil pertama... yeayyy
hasil skirt mak dan anak dari CT
hasil jahitan nuris plak. Blouse tu dia belajar dgn cikgu lain tp sempat potong aje.. saya cuma ajar cantumkan aje

Kalau ada yang rasa nak beli mesin jahit, boleh wasap saya 0192668076. Saya boleh cadangkan model yang bersesuaian dengan bajet yang ada. 

Isnin, 16 November 2015

Nametag sekolah anak


Sekolah belum tutup tapi saya dah ambil order untuk nametag sekolah anak. hehehe biasalah kita menjahit isi masa lapang sambil bagi peluang mama yang lain pon boleh siap sedia awal. Jahit cantik-cantik kat baju sekolah anak. Setakat ni, stok warna kain yang saya ada macam dalam gambar ni aje.



Antara tempahan yang dah siap. Nametag warna biru dan pink tu, mama diaorang tempah nak jahit dekat tuala anak. Senang nanti tak tertukar di taska. Siap-siap dah ada nama anak sendiri. Senang kan. :)

Jumaat, 6 November 2015

Skirt, seluar panjang dan pendek sedondon









Bila adik beradik semua nak juga pakai apa yang mama jahit.. kena la juga mama layankan. Abang dah mula pandai cemburu kalau dia tak dapat pakai sama. Isunya mama ni tak banyak kain bercorak boyish... heheheh


Okehlah... mama bagi puas hati semua. mama jahitkan juga abang hariz dengan warna tema yang sama. janji dapat pakai sama sedondon kan semua. Warna merah, hitam dan putih. dapat la seorang sehelai. janji happy.



Ni mama panggil skirt 15 minit. Paling senang nak jahit. Pakai pon cantik kembang.



Sekembang tuan punya skirt yang banyak akal ni. Terkedek-kedek jalan kalau pakai skirt kembang.

Selasa, 3 November 2015

Bilik jahitku


Baru kemas bilik jahit boleh la kita show off kat blog kan.. Sekali sekala apa salahnya. Dah lama tak share gambar sebabnya selalu dalam keadaan dilanggar garuda. hahahah 

Letak juga big board dengan kabinet utk simpan barang-barang kecil. Bilik kemas memang rasa tenang nak menjahit kan... tapi tu lah entah berapa lama boleh bertahan macam ni hahah

Sabtu, 31 Oktober 2015

Promosi Mesin Jahit Tepi JUKI MO-50e


Mesi jahit tepi 4 benang
Boleh jahit tepi biasa dan juga jahit tepi halus
Sesuai kalau nak jahit gedik-gedik bagi tepi shawl ke tudung ke...
Setting boleh diubah ikut kesesuaian.

Kalau berminat nak beli boleh lihat di laman web berikut:
1) http://www.lazada.com.my/juki-mo-50e-overlock-sewing-machine-3393346.html
2) http://www.rakuten.com.my/shop/konwa/product/JHSM-MO-50e/
3) http://www.logon.my/juki-mo-50e-12-needle-34-thread-overlock-machine.html

Kalau tak berjaya, bagitau saya... nanti saya tolong belikan.

Wasap me 019.266.8076

Ini kelebihan yang ada mesin jahit tepi ni. Macam sama aje dengan mesin jahit tepi brother saya tu



Video cara menggunakan mesin jahit tepi Juki MO-50e


Khamis, 29 Oktober 2015

Servis mesin jahit


 Percaya atau tidak, saya dah ada mesin janome ni hampir 7 tahun tapi tak pernah di servis. Servis yang betul-betul buka semua dan diminyak la kan. Sendiri sekadar isi minyak sikit-sikit kat tempat yang rasa boleh sampai.

 Tapi bila sejak dua menjak ni dah rajin dan kerap guna mesin, mula la keluar bunyi-bunyi yang tak sedap kan. Kita yang menjahit ni mula la rasa nak marah je.. heheheh pastu benng pon asyik nak tercabut. Panggil la techinician... bagi servis tiga mesin sekali.
 Mesin janome kesayangan memang habis kena togel untuk dioperatekan
dengan mesin brother 3034D saya ni... tengok, terus licin bersih takde secuit habuk pon. Mesin ni lagi takut nak usik. usik sikit mula lah nak lari setting nya.
Dah servis... feewit... bunyi pon dah sedap aje... cantik aje jahitannya

mesin jahit juki hispeed ni ada ceritanya.

Saya beli seond hand dengan percaya dekat sellernya. konon saja nak beli sebab murah sikit dari yg baru kan.... nak belajar guna hi speed.... tapi.. tapi... uhuhuhu pakai tak sedap. Jalan sikit aje putus benang.. masa abis asyik nak adjust benang aje. dekat tempat nak ketatkan benang pon macam dah karat semacam

silap sendiri la masa beli tak cek betul-betul.

Masa servis ni, technician buka semua... sedih.... rupanya banyak karat tersembunyi. Dia tunjuk kat saya, Mesin ni macam terbiar dekat luar kena air hujan (NANGISSSS) tu pasal la you pakai semua ketat, tak selesa.

Ingatkan saya yang tak pandai guna. Punya la lama dia spray anti rust semua.. buka semua skru dan bersihkan, spray lagi anti karat tu. dia tukarkan sekali pengetat benang yang karat tu.

Alhamdulliah, dapat la guna balik. Dah lama saya tak guna sbb rasa sakit hati kat penjual nya. Hampir nak letgo balik

untuk rakan-rakan yang nak beli hi-speed, bawa la kawan yang pernah guna sekali. jangan tertipu dengan harga yang kononnya murah. Minta diaorg buka dan tunjuk keadaan dalam mesin tu. Jangan tersilap langkah macam saya.

Khamis, 15 Oktober 2015

Tutorial peasant blouse




Pola untuk Baju peasant blouse ni
Badan lipat tgh dan potong 2 keping utk depan dan belakang.
Saya buat utk baju 1thn lebih.
Ikut je baju biasa budak dan tekap bahagian ketiak tu.
Sama juga dengan tangan, tekap juga bentuk lubang ketiak yang sama
Dari atas bahu.
Jadikan bentuk macam dalam gambar ni ya.
Pinkan pola ke baju. pola dah termasuk basi
guntingkan ikut pola ye
inilah hasilnya setelah dipotong
susunkan bhgn tgn selari dgn bdn
Ikut bentuk lubang ketiak tu

jahit cantumkan
jahit tepi untuk bersihkan bahagian lengan (ketiak)
jahit dua2 tangan
cantumkan ketiak dan badan
jahit terus dari bawah lengan ke badan
macam jahit abaya
sekaligus jahit
ini rupanya dari bahagian atas
jahit tepi semua hujung baju, tangan dan bahagian atas
hujung tgn dan baju jahit kelim utk kemasan
terpulang bak lebar mana.
Bahagian atas pula, jahit kelim 1cm
Sediakan juga getah bersize 8mm sepanjang 14cm
masukkan getah dalam lubang kelim tu
sambungkan getah. jahit bg mati
tutup lubang kelim yg 1cm tu bila dah cantumkan getah.
gosok bagi cantik.


inilah hasilnya bila dah siap

Ahad, 27 September 2015

Jenis-jenis plier digunakan sebagai alat jahitan/kraf


Hari ni nak share jenis plier
Biasa la jenis suka mengumpul barang craft ni


No 1 warna Merah. Eyelet plier . Guna 1 je. Ni eyelet yg guna utk sangkut keychain. Memang sesuai utk brg kraf sahaja. 

No 2 snap plier button plastic. Selalu jumpa di beg atau baju budak.

No 3 snap /prong plier utk button besi macam hujung  rompers  tu. Sekarang banyak org guna kan di cuff jubah atau pun sebagai ganti bujang baju melayu. Saya takde plak butang jenis tu. 

Mengadakan.. Nak mcm2 plier.. Senang  ada depan mata kalau nak guna

Isnin, 14 September 2015

Jerebu.. mari kita jahit face mask


 Jerebu.... teruk ya amat... gatal hidung jadinya. Kakak pon dah request nak bawa mask. Tapi yg pakai buang tu macam tak best.. besar sangat untuk budak-budak...

Apa lagi.. sese men google pon bermula la... Cari tutorial face mask yang paling praktikal. Jumpa pula rakan yang share du FB tutorial free untuk buat face mask.

Kalau ada yang nak cuba boleh klik CRAFTPASSION FREE MASK TUTORIAL.



Maka jadilah hasil tak seberapa ni janji comel. Dapat a sorang satu untuk abg hariz, kak nana
 Ni saiz dewasa pula. Untuk abah

 Untuk mama juga... mestilah nak juga kan...



Ni rupa pdf pattern tu ada 3 size. Kalau nak cara jahit dan pdf pattern tu boleh klik link ni ya CraftPassion 

Selamat menjahit dan jaga kesihatan semua ye..