Khamis, 5 Februari 2015

Baju kurung moden lagi dan bilik jahit

ni semua entry basi. sayang pula kalau tak coretkan dalam blog. Sesi #cabaran10blouse saya dah selesai.. tp kelempap betul nak update dalam blog. sebelum cerita pasal baju kurung moden tu, saya susun balik bilik jahit yang tak seberapa ni. Hubby belikan lagi satu meja, sesuai dan senang nak ukur kain kaedahnya. Dah ada meja kenalah ikut susun bagi muat. Nak adjust balik tu mula lah berterabur sana sini. apa pon happy lah dapat meja baru tu kan.
kali ni buat bau kurung moden cutting longgar. leher takde belah depan. zip kat belakang aje senang
kain 4 meter rm60. berbaloi sangat siap ada batu kilat-kilat ni lagi
hujung tangan, baju dan kain semua saya kelim baby seam. puas hati rasa comel je halus jahitan nya. Baju pon dah slamat pakai dan melaram
 pemandangan dari arah sisi menjahit. tak selesai lagi mengemas. Masa nak mengemas, masa tu la sibuk nak menjahit. ouh bahu kat mannequin tu hasil pi belajar kelas menjahit kurung moden. step by step tanpa ajaran sesat. lainkali la saya update lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan