Khamis, 26 Februari 2015

Tutorial jahit kedut selapis

Jahit kedut selapis.
Mesin portable janome.
Tapak kedut.

1. Setting jahitan lurus. Jarak 4. Kedudukan jarum kiri
2. Tention benang 9
3. Kain letan5 bawah tapak. Yg ruangan kosong tu biarkan aje. Tahan kain yg di belakang. Tgn kiri
4. Kain depan tarik sikit bg tegang sementara mesin tgh jln. Tgn kanan
5. Hasil kedutan yg cantik menarik.

Saya gunakan ni utk buat lengan berkedut baju kanak2. Nak cantumkan ke badan. Tu yg kedutkan dahulu.. malas nak buat manual.
#tutorialtinihani #tapakkedut #tutorial #sewing 

Rabu, 18 Februari 2015

Kebaya kimono pula

 Kebaya kimono yang dah disiap jahit kelim halu / baby seam. Depan dia memang tak berjahit terus
 Saya buat tak berjahit terus supaya boleh adjust ikut kesesuaian tuan badan. Boleh adjust bagi longgar atau ketat. Lagi satu cutting kebaya ni pon agak labuh juga.
 Ini pula bahagian belakang. leher tinggi berlipat
 ni rupanya kalau bhgn depan tak berlipat. di buka habis
ini kalau depan di lipat masuk ke dalam. ibu mengandung pon sesuai pakai sebab selesa dan senang nak adjust perut. hihihi

Rabu, 11 Februari 2015

Beli barang-barang menjahit

 kali ni nak share beli barang-barang menjahit. nak yang harga berbaloi kan
lokasi : Best Mark Trading, Kajang (depan kamdar kajang, saujana imipan)
Benang Dolphin sepuluh RM5.80 sen kalau sebiji 70sen. Saya beli ler benanyak hehehe
Fabric glue yang lama di cari, mudahkan nak jahit lace RM14.90

 yang ni plak saya beli kat minlon, macy, besraya
benang cap kucing yg warna warni tu 10biji RM3.50
yg warna pink 10 biji RM2.50 sebiji 60 sen
tapi ramai kata kualiti tak bagus. senang putus. ada yg lain pernah guna?
zip sembunyi dia mmg murah ya amat. 10 inci sedozen RM5. murah kan. tapi warna tak banyak pilihan
yang ni saya beli online FB Ida Ismail. Senang nak guna pembaris ni nak buat lubang lengan RM9
yg separa bulat tu pula untuk buat lubang leher (bulan) ada dari size 12inci hingga 19inci. RM55
Material tahan lasak... boleh simpan lama berbanding guna bulan kertas hihi

Sukakan simpan gagdet menjahit ni. Happy je rasa... ada lg nak share beli brg menjahit kat mana?

Isnin, 9 Februari 2015

Sepasang baju mama dan kakak

Blouse size 8tahun utk kak nana..
Gabungkan warna kelabu kosong dengan kain bercorak paisley.. hujung lengan tu terlebih rajin nak jahit bias.
Ni kemeja mama pula. Kali ni teelebih rajin, so tak buat lah kolar kemeja. Saya jahit bias tape aje keliling meja.
bias tape yang elok bila dah tau kena gunting serong.. hihi
Dah master guna tapak lubang butang. Setiap kali  buat just reset je pastu jahit lubang butang.

Gambar penuh  kemeja.
Muka silau matahari pagi.. sepet semua jadi
Posing la mama dan kakak.. nak gambar2 pon gelak2

Jumaat, 6 Februari 2015

Dress pengiring pengantin

sekarang ni, kalau ada kenduri kawen mesti ada flower girls pakai dress kan... seronok tgk semua feeling princess... jahit plak dengan lace.. harga lace pon tak semahal dulu dan banyak pilihan dan kualiti. macam-macam warna ada. boleh suai kan dengan kain satin
saya guna zip sembunyi. senang sikit.
kain semua customer yg beli... warna memang kena la utk di padankan
yang ini pula jenis ada lengan puff.. comel gak... ada bdk tak suka takde lengan.. seksi katanya

 siap dgn kain net kat luar. ni kain net jenis yg lembut ni. ini pon customer yang pilih sendiri kain. macam-macam style ada nak buat dres budak-budak ni



Khamis, 5 Februari 2015

Baju kurung moden lagi dan bilik jahit

ni semua entry basi. sayang pula kalau tak coretkan dalam blog. Sesi #cabaran10blouse saya dah selesai.. tp kelempap betul nak update dalam blog. sebelum cerita pasal baju kurung moden tu, saya susun balik bilik jahit yang tak seberapa ni. Hubby belikan lagi satu meja, sesuai dan senang nak ukur kain kaedahnya. Dah ada meja kenalah ikut susun bagi muat. Nak adjust balik tu mula lah berterabur sana sini. apa pon happy lah dapat meja baru tu kan.
kali ni buat bau kurung moden cutting longgar. leher takde belah depan. zip kat belakang aje senang
kain 4 meter rm60. berbaloi sangat siap ada batu kilat-kilat ni lagi
hujung tangan, baju dan kain semua saya kelim baby seam. puas hati rasa comel je halus jahitan nya. Baju pon dah slamat pakai dan melaram
 pemandangan dari arah sisi menjahit. tak selesai lagi mengemas. Masa nak mengemas, masa tu la sibuk nak menjahit. ouh bahu kat mannequin tu hasil pi belajar kelas menjahit kurung moden. step by step tanpa ajaran sesat. lainkali la saya update lagi :)