Rabu, 5 Ogos 2015

Jom main batu seremban

Kisahnya kak nana balik sekolah minta mama jahitkan batu seremban. Mentang-mentanglah dia tau mama ada kain perca banyakkan.

Layankan kuga lah permintaan kakak. Ialah supaya kakak tau juga main batu seremban mcm zaman  mama sekolah2 dulu.

Muka-mula lupa juga ada berapa  biji. Setelah dirisik2 kena ada dalan gandaan ganjil. Inilah hasilnya. Satu  set untuk kakak. Satu  set untuk hariz. Mama jahitkan sekali uncang khas utk simpan batu seremban ni.

Enjoy... jangan dok main masa kelas dah lah... memang nak kena rotan.