Ahad, 27 September 2015

Jenis-jenis plier digunakan sebagai alat jahitan/kraf


Hari ni nak share jenis plier
Biasa la jenis suka mengumpul barang craft ni


No 1 warna Merah. Eyelet plier . Guna 1 je. Ni eyelet yg guna utk sangkut keychain. Memang sesuai utk brg kraf sahaja. 

No 2 snap plier button plastic. Selalu jumpa di beg atau baju budak.

No 3 snap /prong plier utk button besi macam hujung  rompers  tu. Sekarang banyak org guna kan di cuff jubah atau pun sebagai ganti bujang baju melayu. Saya takde plak butang jenis tu. 

Mengadakan.. Nak mcm2 plier.. Senang  ada depan mata kalau nak guna

Isnin, 14 September 2015

Jerebu.. mari kita jahit face mask


 Jerebu.... teruk ya amat... gatal hidung jadinya. Kakak pon dah request nak bawa mask. Tapi yg pakai buang tu macam tak best.. besar sangat untuk budak-budak...

Apa lagi.. sese men google pon bermula la... Cari tutorial face mask yang paling praktikal. Jumpa pula rakan yang share du FB tutorial free untuk buat face mask.

Kalau ada yang nak cuba boleh klik CRAFTPASSION FREE MASK TUTORIAL.



Maka jadilah hasil tak seberapa ni janji comel. Dapat a sorang satu untuk abg hariz, kak nana
 Ni saiz dewasa pula. Untuk abah

 Untuk mama juga... mestilah nak juga kan...



Ni rupa pdf pattern tu ada 3 size. Kalau nak cara jahit dan pdf pattern tu boleh klik link ni ya CraftPassion 

Selamat menjahit dan jaga kesihatan semua ye..

Rabu, 9 September 2015

Mari menjahit topi pula


Beginilah gaya masing-masing. Semua nak topi sendiri. Kakak memanf dah ada lama topi tu tapi mama rasa kena jahit baru juga ni. Adik punya memang baru jahit untuk dia.


Suka bila dah dapat sorang satu. Mama jahit topi reversible.. dua-dua corak boleh guna.. jimat belanja katanya kan. hihi Abang hariz memang gitu... ada aje nak dirajuknya...


Anak bujang sorang, manja la kononnya. Adik yaya juga ceria dimana-mana sahaja.


Topi corak-corak polkadot tu yaya punya. yang bercorak bunga dan buterfly ni kawan mama punya. Saiz dewasa, pon boleh guna dua-dua bahagian.

Kalau ada nak buatkan khas untuk diri sendiri atau anak-anak... boleh aje wasap saya. Nak sedondon satu keluarga pon boleh. Hihi

Jumaat, 4 September 2015

Jahit sendiri mini kurung

Sekarang ni kan trend jahit mini kurung atau pon blause yang di pakai dengan skirt potongan duyung.
Dah ada kemahiran yang tak seberapa ni, jahit lah untuk diri sendiri.. jimat belanja. Nak bergaya kena la pandai-pandai hidup sambil berjimat.  
kain bercorak tu dah lama beli dikamdar. Semeter murah aje tak sampai rm10. Ni dalam proses nak siapkan. Semangat
Bahagian atas. Blouse ataupon kurung kedah ataupun mini kurung.. Semua boleh... Pakai dengan skirt boleh.. seluar pon boleh


hahaha sekali sekala ambil peluang nak bergaya. Dah pakai macam ni la rupa parasnya. Comel tak #masukbakulangkatsendiri


Ini pon konsep sama, yang tau nak pakai esok tgh hari nak pi majlis... malam sebelumnya baru gigih nak jahit. Yang ini dull satin diserikan dengan jahitan lace kuning


Hihihi ada model sampingan. Kat mana ada mama dia pon ada sama.