Sabtu, 31 Oktober 2015

Promosi Mesin Jahit Tepi JUKI MO-50e


Mesi jahit tepi 4 benang
Boleh jahit tepi biasa dan juga jahit tepi halus
Sesuai kalau nak jahit gedik-gedik bagi tepi shawl ke tudung ke...
Setting boleh diubah ikut kesesuaian.

Kalau berminat nak beli boleh lihat di laman web berikut:
1) http://www.lazada.com.my/juki-mo-50e-overlock-sewing-machine-3393346.html
2) http://www.rakuten.com.my/shop/konwa/product/JHSM-MO-50e/
3) http://www.logon.my/juki-mo-50e-12-needle-34-thread-overlock-machine.html

Kalau tak berjaya, bagitau saya... nanti saya tolong belikan.

Wasap me 019.266.8076

Ini kelebihan yang ada mesin jahit tepi ni. Macam sama aje dengan mesin jahit tepi brother saya tu



Video cara menggunakan mesin jahit tepi Juki MO-50e


Khamis, 29 Oktober 2015

Servis mesin jahit


 Percaya atau tidak, saya dah ada mesin janome ni hampir 7 tahun tapi tak pernah di servis. Servis yang betul-betul buka semua dan diminyak la kan. Sendiri sekadar isi minyak sikit-sikit kat tempat yang rasa boleh sampai.

 Tapi bila sejak dua menjak ni dah rajin dan kerap guna mesin, mula la keluar bunyi-bunyi yang tak sedap kan. Kita yang menjahit ni mula la rasa nak marah je.. heheheh pastu benng pon asyik nak tercabut. Panggil la techinician... bagi servis tiga mesin sekali.
 Mesin janome kesayangan memang habis kena togel untuk dioperatekan
dengan mesin brother 3034D saya ni... tengok, terus licin bersih takde secuit habuk pon. Mesin ni lagi takut nak usik. usik sikit mula lah nak lari setting nya.
Dah servis... feewit... bunyi pon dah sedap aje... cantik aje jahitannya

mesin jahit juki hispeed ni ada ceritanya.

Saya beli seond hand dengan percaya dekat sellernya. konon saja nak beli sebab murah sikit dari yg baru kan.... nak belajar guna hi speed.... tapi.. tapi... uhuhuhu pakai tak sedap. Jalan sikit aje putus benang.. masa abis asyik nak adjust benang aje. dekat tempat nak ketatkan benang pon macam dah karat semacam

silap sendiri la masa beli tak cek betul-betul.

Masa servis ni, technician buka semua... sedih.... rupanya banyak karat tersembunyi. Dia tunjuk kat saya, Mesin ni macam terbiar dekat luar kena air hujan (NANGISSSS) tu pasal la you pakai semua ketat, tak selesa.

Ingatkan saya yang tak pandai guna. Punya la lama dia spray anti rust semua.. buka semua skru dan bersihkan, spray lagi anti karat tu. dia tukarkan sekali pengetat benang yang karat tu.

Alhamdulliah, dapat la guna balik. Dah lama saya tak guna sbb rasa sakit hati kat penjual nya. Hampir nak letgo balik

untuk rakan-rakan yang nak beli hi-speed, bawa la kawan yang pernah guna sekali. jangan tertipu dengan harga yang kononnya murah. Minta diaorg buka dan tunjuk keadaan dalam mesin tu. Jangan tersilap langkah macam saya.

Khamis, 15 Oktober 2015

Tutorial peasant blouse




Pola untuk Baju peasant blouse ni
Badan lipat tgh dan potong 2 keping utk depan dan belakang.
Saya buat utk baju 1thn lebih.
Ikut je baju biasa budak dan tekap bahagian ketiak tu.
Sama juga dengan tangan, tekap juga bentuk lubang ketiak yang sama
Dari atas bahu.
Jadikan bentuk macam dalam gambar ni ya.
Pinkan pola ke baju. pola dah termasuk basi
guntingkan ikut pola ye
inilah hasilnya setelah dipotong
susunkan bhgn tgn selari dgn bdn
Ikut bentuk lubang ketiak tu

jahit cantumkan
jahit tepi untuk bersihkan bahagian lengan (ketiak)
jahit dua2 tangan
cantumkan ketiak dan badan
jahit terus dari bawah lengan ke badan
macam jahit abaya
sekaligus jahit
ini rupanya dari bahagian atas
jahit tepi semua hujung baju, tangan dan bahagian atas
hujung tgn dan baju jahit kelim utk kemasan
terpulang bak lebar mana.
Bahagian atas pula, jahit kelim 1cm
Sediakan juga getah bersize 8mm sepanjang 14cm
masukkan getah dalam lubang kelim tu
sambungkan getah. jahit bg mati
tutup lubang kelim yg 1cm tu bila dah cantumkan getah.
gosok bagi cantik.


inilah hasilnya bila dah siap