Isnin, 16 November 2015

Nametag sekolah anak


Sekolah belum tutup tapi saya dah ambil order untuk nametag sekolah anak. hehehe biasalah kita menjahit isi masa lapang sambil bagi peluang mama yang lain pon boleh siap sedia awal. Jahit cantik-cantik kat baju sekolah anak. Setakat ni, stok warna kain yang saya ada macam dalam gambar ni aje.



Antara tempahan yang dah siap. Nametag warna biru dan pink tu, mama diaorang tempah nak jahit dekat tuala anak. Senang nanti tak tertukar di taska. Siap-siap dah ada nama anak sendiri. Senang kan. :)

Jumaat, 6 November 2015

Skirt, seluar panjang dan pendek sedondon









Bila adik beradik semua nak juga pakai apa yang mama jahit.. kena la juga mama layankan. Abang dah mula pandai cemburu kalau dia tak dapat pakai sama. Isunya mama ni tak banyak kain bercorak boyish... heheheh


Okehlah... mama bagi puas hati semua. mama jahitkan juga abang hariz dengan warna tema yang sama. janji dapat pakai sama sedondon kan semua. Warna merah, hitam dan putih. dapat la seorang sehelai. janji happy.



Ni mama panggil skirt 15 minit. Paling senang nak jahit. Pakai pon cantik kembang.



Sekembang tuan punya skirt yang banyak akal ni. Terkedek-kedek jalan kalau pakai skirt kembang.

Selasa, 3 November 2015

Bilik jahitku


Baru kemas bilik jahit boleh la kita show off kat blog kan.. Sekali sekala apa salahnya. Dah lama tak share gambar sebabnya selalu dalam keadaan dilanggar garuda. hahahah 

Letak juga big board dengan kabinet utk simpan barang-barang kecil. Bilik kemas memang rasa tenang nak menjahit kan... tapi tu lah entah berapa lama boleh bertahan macam ni hahah