Alat-alat menjahit (Notions)

Banyak ke koleksi alat-alat menjahit saya? Belum banyak lagi. Tapi boleh lah kan, kita kumpul sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit. :)

Gunting kain, gunting kertas, pinking shears (gunting zigzag), rotary cutter, loop turner, tweezer (penting bila nak masukkan benang dalam jarum serger), chopstik (sesuai bila nak dapatkan bentuk jahitan apabila diterbalikkan)

Saya suka simpan dalam mangkuk dadih kecil ini. Sebabnya, telus dipandang. Senang nak cari apa yang saya nak. Ada pin,. ada metal slide, zigzag rotary cutter.

Majalah-majalah kegemaran saya. Gam fabrik spray dalam tin tu. :)

Bobbin. Saya suka penuhkan bobbin sebelum mula menjahit. Sangat menyakitkan hati bila tengah seronok-seronok menjahit benang bawah habis, Tensen. Oleh itu, penuhkan bobbin awal-awal. Macam candy pula bila banyak-banyak.

Koleksi butang-butang, Animal eyes, pita pengukur semua susun sini. Senang nak cari dan ambil

Ahhaha tengok la, saya susun benang gaya gini. Senang nampak dan cari. Tapi kena susun para tinggi la. Takut nanti pembantu khas datang tolong susun. Nak beli-beli tempat simpan benang idaman tak dapat-dapatkan, Kita susun gini aje la. Senang.

12 comments to Alat-alat menjahit (Notions)

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge