Model pada kali ini adalah mesin Jahit Janome Harmony Model 2049. Gambaran keseluruhan mesin jahit ini
1. Butang jahitan arah terbalik — sesuai untuk mematikan jahitan sebelum dan selepas menjahit
2. Butang ragam jahitan — pilihan untuk jahitan lurus, zig zag atau bercorak
3. Butang jarak jahitan — pilihan untuk jarak jahitan
4. Butang lebar jahitan — pilihan untuk kelebaran jahitan
5. Pengawal jarum — menaik atau menurunkan jarum jahitan
6. Penyekat penggulung benang bawah
7. Pemegang gelendung bobbin — digunakan apabila hendak menggulung benang pada bobbin
8. Pemegang benang atas — satu benang untuk jahitan biasa, gunakan dua benang untuk menjahit jahitan jarum kembar 9. pengawal benang bawah
10. pengawal gerakan benang
11. cangkuk penggerang benang atas
12. Butang kawalan benang atas — nak longgar atau ketatkan jahitan
13. Paras lubang butang — diturunkan bila hendak jahit lubang butang
14. pemegang tapak penekan
15. tapak penekan — boleh ditukar-tukar
16. plat jarum
17. pengepit jarum — pusingkan bila hendak menukar jarum baru
18. jarum
19. Meja penyambung
Moga entry ini dapat memberi gambaran bagi sesiapa yang hendak membeli mesin jahit atau baru mula untuk menjahit. Jangan takut dengan mesin jahit anda ya.



10 comments
a.niza
April 21, 2010 at 2:03 pm (UTC 8) Link to this comment
good job! i pun patut buat camni sbb dah janji lama dengan kengkawan…tp tak per…now boleh di rujuk di sini shj buat sementara…tau jer la kan, amik gambar satu bab, edit satu bab, upload satu bab….TQ – k/niza
[Reply]
misa
April 21, 2010 at 2:16 pm (UTC 8) Link to this comment
hehe.. kak tini.. lepas ni kongsi pasal mesin jahit tepi plak eh
[Reply]
Fizan Wan Pani
April 21, 2010 at 3:27 pm (UTC 8) Link to this comment
good job!! mesin ku jua lama tak diusap…..tuan nya sibuk ntah apa benda…salam perkenalan.
[Reply]
norem
April 21, 2010 at 10:49 pm (UTC 8) Link to this comment
betul la, nanti citer pasal mesin jahit tepi plak, baru beli x explore lagi.
[Reply]
TiniHani
April 22, 2010 at 11:04 am (UTC 8) Link to this comment
hi niza.. sharing is caring.. sekadar berkongsi apa yg ada
misa n norem.. ala.. mesin jahit tepi lom expert lagi.. tak berani nak tukar setting apa2 lagi hiks
fizan.. takpe.. pas ni usap lelebih okeh…
[Reply]
rara
February 9, 2011 at 12:47 am (UTC 8) Link to this comment
kak tini nk request kat akak.. wat la tutorial baju kurung…
please2 hehehe 

rara dah dapat mesin jahit Brother dh ni hehehehe
rara recently posted..free time jahit manik n labuci
[Reply]
TiniHani Reply:
February 9th, 2011 at 10:57 am
@rara, ahaaAAahhh… baju kurung dewasa ada aje tutorial dalam tenet yg akak pernah tgk, tp tak cuba try pon.. cuba rara try google.. hiks
[Reply]
wawa
October 12, 2011 at 3:43 pm (UTC 8) Link to this comment
akak,saya wawa…. saya nak tanya… jarum mesin jahit janome 2049 pakai jarum db @ dc dan saiz pe ek???
[Reply]
uzi
November 29, 2011 at 8:37 pm (UTC 8) Link to this comment
assalamualaikum wbt,
kak, saya ada mesin janome 2049 yang saya beli 4 tahun yang lepas. malangnyer, akibat kesibukan keje n anak yang kecik, dah 2 tahun saya tak menjahit dan baru2 ni.. masa pindah rumah.. saya bercadang nak jahit langsir sendiri… tapi bermasalah sebab masa saya suruh orang2 kat epal betulkan mesin jahit saya, depa bukak semua barang2 yang ada kat area jarum dan saya tak reti nak pasang sendiri…
tetapi, berkat blog akak ni, dengan gambor yang jelas, maka nya, saya berjaya memasang semula barang2 kat mesin jahit ni..
terima kasih bebanyak sebab sudi tunjuk ajar kat sini.. teroma kasih sekali lagi…
[Reply]
TiniHani Reply:
November 30th, 2011 at 8:38 pm
@uzi, alhamdulillah.. seronok baca komen mcm ni, walaupun buat sekadar utk rujukan sendiri.. ada juga yg boleh manfaatkan bersama
[Reply]