Buku panduan menjahit baju gaun kanak2

Buku Tatacara jahitan Gaun buat Si Manja, penulisnya Tatiana Vidi terbitan Synergy Media

Saya rasa ini buku panduan terbaik bagaimana nak jahit dress kanak-kanak dari mula dalam Bahasa melayu. Saya ada banyak buku dalam Bahasa Ingeris dan juga patern yang download dari Etsy yang agak sukar nak beli kat Malaysia ni. Bila saya nampak buku Tatacara ni terus beli, dah la cara nak jahit tu dia tunjuk dengan jelas dan terang. Harga dia cuma RM18.90. murah kan.. ialah nak bandingkan buku BI tu.

ini bahagain paling suka sebab ada cara nak buat pola baju sendiri. Dari satu titik ke satu titik dia ajar macam mana nak kira dan lakar. Seronok! Selama ni guna pola yang disediakan dalam buku je tak pernah pon cuba buat sendiri pola tu.

langkah demi langkah yang ditunjukkan… dalam buku ni memang terang dan cantik gambarnya. (saya yang ambil gambar buku ni jadi blur.. hahah)

ADa 5 jenis dress yang diajar dalam buku ni. Saya suka lagi satu sebab dress yang di jahit tak perlu guna lining.. sesuai la kan.. budak2 ni kalau pakai dress ada lining mula la berpeluh bagai sebab saya kata gitu kalau dalam buku BI kebanyakkan nya suka guna lining… sesuailah dengan negara mereka. Saya beli buku ni di kedai majalah biasa aje di Alamanda. Selamat membaca an menjahit ye. Lepas ni saya nak cuba satu juga untuk dress kakak Nana. :)

Disclaimer: Saya tiada kaitan langsung dengan penulis/penerbit buku ni ya. Sekadar berkongsi bahan rujukan yang baik dan bermanfaat

34 comments to Buku panduan menjahit baju gaun kanak2

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge