
Lokasi: Avilion Admiral Cove, Port Dickson
Bilik ok la.. selesa.. luas… Siap boleh tutup ruangan katil tu…

Pastu ada daybed kat tepi, boleh tido gak.. Buat lenjan ngan bebudak ni…

Katil ni, ahhh buat geram aje, tapi tau tak dia letak kat mana? Kat lobi hotel..Gamaknya siapa nak landing situ.. pakat duduk ramai-ramai aje la…

Pemandangan mengadap laut. banyak kapal layar berlabuh. kakak ingat nak naik bot agaknya, beriya ajak.. Tak dapat la cik kak oitt….

Control handsome aje mamat ni bila tengok kita nak ambil gambar dia.. Nak berlayar dah….

Ah… ini la gambar yang berkaitan dengan tajuk. kakak nak aktiviti mencabar. Setakat slide.. swimming dah tak mencabar. kakak nak jump pula la mama.. Ok.. Kira.. Satu… Dua.. Tiga.. Lompat

Wahhh.. bukan main ko eh….

macam selalu.. sempat senyum…

Bedebushhhhh… gasak… ntah berapa puluh kali dia lompat pon tak tau.. Tak reti penat

Adik layan main air aje la eh.. belum sampai tahap kakak lagi

Layan kena sembur ngan air.. tergelak-gelak…

Pastu bila dah puas telan air klorin.. apa lagi.. kepenatan.. terduduk.. haus.. waktu tu la ingat nak minum susu.. nak makan biskut.. Puas hati korang kan…

Dah jom balik.. Nasib la ikut abah semalam aje.. kalau dua malam leh pengsan nak layan korang melompat dalam air. Buek…. eekekkek
Komen-komen Terhangat