«

»

Feb 10

Jom Tanya bersama TiniHani (Siri II): Kain Felt

 

Kembali lagi kita dalam sesi Jom Tanya bersama TiniHani. (hahaha tak tahan.. nak gak). Ok kali ini kita bercerita berkenaan dengan kain felt. Siapa tak kenal kain felt angkat tangan? :) Maklumat lanjut kain felt boleh di baca di Wikipedia: Felt Cloth.

Kalau baca di wiki memang ada jenisjenis kain felt ini. Ada yang bertanya macam mana nak pilih kain felt yang sesuai. Berbulu ke tidak? Sesuai nak buat apa. Ok, sekarang saya cerita ikut pengalaman saya yang tidak seberapa ini, saya mula jahit dan rasa seronok bila buat projek Little Pink House yang lepas. Rasa cantik bila tgk warna-warna felt tu bergabung dan timbul.

Lepas tu, mula buat tshirt untuk keluarga comel saya dan bermula la customized felt tee daripada saya. :) . Soalan-soalan yang saya terima:

  1. Beli di mana ya kain felt tu?
  • Disebabkan saya perlu banyak warna felt untuk hasilkan corak-corak yang menarik atas tee, rantai kunci dan klip rambut, saya beli kain-kain felt tersebut daripada beberapa penjual. Kedai SUS, Marina Craft dan Macy (Minlon).
  • Sekarang ni ramai yang jual felt ni, macam-macam harga dan macam macam warna. Tapi, sebelum nak beli ni, saya rasa kita kena tanya la penjual ni, felt tu campuran berapa banyak wool berapa banyak benang artificial. Sebabnya, kalau kurang wool, felt tu akan lebih keras. Fikir nak buat apa dengan felt dan cari jenis yang sesuai.
  • Kalau tengok kat gambar atas tu, felt warna purple lagi tebalkan? Felt purple ni lagi lembut, siapa yang nak buat keychain lepas tu disumbatkan dengan kapas/fiber memang sesuai sebab hasilnya akan lebih gebu.
  • Kalau yang warna cokelat tu, sesuai sbb dia tak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Sesuai untuk dibentukkan sebagai huruf atau gambar.
  • Yang paling atas dark maroon tu, memang keras dan nipis. Ni saya gunakan buat tiara hari tu. Cantik terletak atas kepala.

2. Jahit mesin ke guna tangan?

  • Saya jahit atas tee tu guna tangan ye kawan-kawan. Kalau guna mesin memang rasa tak cun. Tapi kalau sapa guna mesin bagitahu saya ye, manatahu lagi cantik ke. Saya yang tak pandai. hehehe

  • saya gunakan cara jahitan backstitch. (kalau tak paham gak kat gambar ni boleh tanya kat Makcik G lagi :P )
  • Tapi, yang saya jahit atas beg uncang yang lepas, saya guna mesin, tengok la kegunaan dia untuk apa kan.
  • Kalau bab jarum pula, saya suka guna jarum yang kita jahit manik tu. No 10 atau 11. Halus kan tapi nanti jahitan lagi kemas.
  • Benang pula, benang xstitch boleh tapi kena tarik satu lembar la baru jahit, benang biasa pon boleh

Ok semua dah faham? Dah tau nak cari kat mana? Tak susah nak jahit felt ni, tapi kena kreatif la ya. Hasilkanlah jahitan yang menarik bila gunakan kain felt ni ya. Jangan lupa keaslian itu penting. :) Selamat menjahit semua. (saya cerita daripada pengalaman saya ya, kalau ada yang salah sila betulkan. :)

93 comments

1 ping

  1. MamaDaniel

    cik tinihani..ada jual kat minlon ek? kat serdang tu ek? ish.. kena singgah nih.. hehe.. tq for the info. tiba masa nak jahit nnti kena refer ke sini la.. hehe..

    [Reply]

  2. TiniHani

    ye kat situ… tapi ni type yg keras.. yg kaler dark maroon tu.. pilihan warna pon terhad gak la

    [Reply]

  3. DIESHA

    betul cakap tinihani tu….sebab masa mula2 terjebak dengan craft ni gile jugak saya membeli felt…hehe bila dah banyak ..menjahit itu ini baru saya paham yang mana sesuai…kalau taktahu main beli ajela haha….takperlah kita belajar dari pengalaman….felt tu ade bilalah nak datang semangat tu…hehe takde idea baru…

    [Reply]

  4. Melor

    salam. nak tanya berapa rege ye kain felt tu?

    [Reply]

  5. TiniHani

    diesha
    tu lah sendiri kena rasa baru faham heheheh

    melor,
    harga semua berlainantgk pada jenis kain felt, awak boleh buka site yg saya linkkan tu utk tahu harga ya.. :)

    [Reply]

  6. ~adeQ~

    Awak, chaiyok! seronok saya tengok…heheheh…harus mulakan misi memujuk utk beli mesin jahit nih….heheheh….takpe, saya try jahit tangan dulu…kot2 menjadi…heheheh…tingin nak buat huruf2 abjad tuh…

    [Reply]

  7. misa

    kat macy minlon tu ada jual barang2 kraft ker? tatau plak? uhuhu…

    tgk kat depan tu nampak mcm pinggang mangkuk je.. x penah try masuk..

    psst : dah terima butang smlm.. ada xtra lg.. maceeeh.. :D

    [Reply]

  8. wani

    tini,walaupun tini jahit felt to guna tgn keatas tshirt tp jahitannnya persis menggunakan jahitan mesin,kemas taooo.jeles i
    hihiii

    [Reply]

  9. TiniHani

    adeq.. wak.. kat kedai tu harga dia dari murah ke mahal semua ada.. leh ikut bajet kita lagi… try la buat.. manatau leh sub ke awak lak.. hahah tapi sempat ke ekekeke

    misa.. cuba la try masuk.. mcm-mcm ada.. siapkan ongkosnya aje.. hehe suka tak xtra tu?

    wani..
    heheh practice make perfect dear… :)

    [Reply]

  10. misa

    haha.. kak tini,
    len kali kalau lalu situ leh ajak hubby singgah..
    ngee..

    suke sngt.. macih… ada seketul dah kene kidnap ngan anak.. sbb cute kot.. :D

    [Reply]

  11. ~adeQ~

    saya dah try buat backstitch tu, sangat senang…try jahit nama sofea kat pencil case dia…heheheh….nampaknya tangan ni lum keras lagi menjahit….kalau line clear boleh lah kot mengendeng mesin jahit mak saya…hehehehe….

    [Reply]

  12. MamaDaniel

    jom gi minlon.. arini jumaat, lunch pnjg.. dah giler felt plak nih.. huuh…huu..

    [Reply]

    WANIEY Reply:

    @MamaDaniel, minlon tu kat mane?wani nak pergi jgak

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @WANIEY, kg area sungai besi

    [Reply]

    WANIEY Reply:

    @TiniHani, akak,ape nama penuh kedai tu ye?
    terima kasih

    TiniHani Reply:

    @WANIEY, Minlon/Macy

  13. ainun

    beguna sungguh ilmu yg tini bagi ni..teme kasih

    [Reply]

  14. ida

    kalo minlon tu, selalu nmpak dr highway. apa nama kedai kt situ? minlon tu opis ke shopping complex?
    maaf…. saya budak baru belajar :)

    [Reply]

  15. TiniHani

    ida… minlon/macy ni bawah dia ada jual pinggan mangkuk, langsir.. perabot.. alat-alat jahit sikit.. reben.. atas memang opis

    [Reply]

  16. suziyana

    salam..tini..
    nak tanyer guna puncher ker utk potongan huruf2 tuh..sebab nampak kemas..saya guna gunting dia tak berapa sharp mcm tini buat..huhuhu..

    [Reply]

  17. TiniHani

    suzi.. haha untungnya kalau ada puncher macam2 size dan bentuk untuk . takde maknanya… ekekke semua saya potong pakai gunting sendiri. gunting kena la tajam. daya kreatif tu penting ya. :)

    [Reply]

  18. Anonymous

    tini…kain2 felt yang dah siap design tu u jahit ke tampal kat baju? Ada gam khas ke untuk tampal fabric? panggil apa ek gam tu?

    -wanie-

    [Reply]

  19. yaya

    kak tini guna pen ker,atau guna pen khas untuk lukis atas felt..sy guna pen x lekat ls huhu….

    [Reply]

  20. tinihani

    Kalau felt gelap, memang tak boleh lukis, memang kena agak2 gunting sendiri. Kalau felt cerah boleh aje guna eraseable pen

    [Reply]

  21. nurra

    tini, kain felt yg lembut sesuai x utk buat beg? i mean beg galas for kids.

    [Reply]

  22. nurra

    sy x dpt buka web marina craft. klu kat kedai brg jahit yg sy biasa beli, felt 12.50 semeter. tp x byk pilihan la..

    [Reply]

  23. TiniHani

    @nurra, oh saya pon da lama tak buka web tu. Try la online mscraftshoppe. Color dia banyak sikit

    [Reply]

  24. TiniHani

    @nurra, boleh tapi kena cari yg lembut tapi tebal

    [Reply]

  25. nini

    mencari kaen felt..
    jom jenguk blog saya

    http://cintahaticraft.blogspot.com/

    [Reply]

  26. Hana Kirana

    Salam Kak Tini.. tq info yg bergun tentang jenis kain.. kalau tak saya main guna je.. ni pun dah try wat sikit2…
    Hana Kirana recently posted..Order From Nurul SyikinMy ComLuv Profile

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @Hana Kirana, wah bagus la.. dah leh start bisnes dah eh.. hiks

    [Reply]

  27. Hana Kirana

    Sis… jemput singgah Blog kite.. xchange link ye.. tq

    http://hanacrafts.blogspot.com/
    Hana Kirana recently posted..Order From Nurul SyikinMy ComLuv Profile

    [Reply]

  28. amy

    salam. felt cloth polyester ni sesuai ke bt kain utk stroller? sebb cadang nk tukar kain stroller anak..da pudar. kalau ader cadangan jnis ken len, leh gtau ape die? ;)

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @amy, kalau felt jenis yang paling lembut sekali.. (bukan mcm dlm gambar kat atas ni) saya rasa boleh la, sebab dia lembut n tebal.. bdk2 pon selesa..kalau jenis kat atas ni, kasar.. leh wat bdk2 gatal

    [Reply]

  29. LeesaViolet

    Hye TiniHani….
    sye org sarawak…kt cni ssh nk cri kain felt tu…klau ade pon mhl sngt…
    bleh sye tahu bpe harga kain felt ni kt sane??dan bsar mne saiz die?
    klau dpt…boleh tmpah ke??hehehhe…
    thank you~~:D

    [Reply]

  30. nana

    Askm kak tini…kain2 felt yang dah siap design tu akak jahit ke tampal kat baju? Ada gam khas ke untuk tampal fabric? panggil apa ey gam tu?sebab tgk kain tue ada dua lapisan..satu jahitan yang bwh tu tampal yer… :)

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @nana, dua2 jahit.. tak guna gam pon

    [Reply]

  31. fadilah

    nak oder boleh tak?..tlg bals kt e-mail nick_halim81@yahoo.com

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @fadilah, order apa eh dik? boleh email akak kedaijahitu@gmail.com tq

    [Reply]

  32. AZIE

    Saya pun cari kain felt,tengok akak kat whi terus saya buka web akak ni.Congrat, very informative, tq

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @AZIE, thanks kain felt boleh beli online.. saya beli kat sini je http://kedaisus.blogspot.com/

    [Reply]

  33. tieza

    try klik kat kedai sus tu..tp xdapat masuk ler..just leh view front page je..keciwa :(

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @tieza, boleh aje saya buka.. cuba la eh

    [Reply]

  34. kak mell

    sblum subh tadi tgk hmi..tetarik sungguh.tp kt lngkawi takda lg..kat area sogo ada tak kedai juai kain fel niih..next week leh p sana..semeter berapa? beli meter ke atau lipat2

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @kak mell, Saya beli online aje kak. Leh jengah kat kedai sus

    [Reply]

  35. ztijah

    kalau benang pulak..pakai benang apa untuk jahit kain felt nih. kalau da siap jahit, kat bbelakang baju yang nak jahit tu nak lapik apa2 x? gatal x klau benang tu kena badan?

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @ztijah, benang biasa aje
    jahit je.. tak gatal.. boleh cuba kat baju sendri kalau nak tau gatal ke tak..
    usaha tangga kejayaan :)

    [Reply]

  36. adam

    salam kak..
    akak taw x kaen fleece?
    kat mana yer nak cari kaen nie?
    sy da usaha tp xjmpa jua…

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @adam, Tau… Boleh try buka website craftzone malaysia.. Kat bahagian shop tu ramai yg jual fleece

    [Reply]

    adam Reply:

    @TiniHani,
    sy da tgk,ramai jual felt..
    any supplier yg akak taw jual fleece?
    please akak,huhu
    da bersengkang mata cri stok fleece neh..
    btw thank akak reply eh..hehe

    [Reply]

  37. nina

    boleh order kain felt kt tini x?

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @nina, Saya tak jual felt

    [Reply]

  38. lina manja

    hi kak..akak cover cam mane ea jait yg berselarak kat belakang tshirt tu..sy da buat..dpn cantik..blakang mcm xsedap mata memandang..hehe..

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @lina manja, Erm.. Saya tak jahit direct ke tshirt yg alpha tu.. So kat dlm tee tak serabuy

    [Reply]

  39. missmama

    salm,tumpang buat promosi…saya akan mengadakan pembukaan jualan bg arcylic felt dan polysterfet. jom jengah2 di
    facebook: missmama craft
    blog: missmamacraft.blogspot.com

    [Reply]

  40. AZLINA

    kak saya nak tanya,dah dapat ke tempahan saya?

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @AZLINA, Takde

    [Reply]

  41. AZLINA

    kak pernah dapat x email ini nazrin.mrice@yahoo.com.my….dah 2x saya send dekat kak….saya ada tempah baju t-shirt baby yang bersulam name nazrin+azlina=hadiz

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @AZLINA, Takde terima email awak. lagi pon saya tak pernah terima tempahan jahit sulam baju bb pon selama ni. Org lain kot… Kalau utk felt pon tempahan dah di tutup. Tq

    [Reply]

  42. AZLINA

    ala,xpe lah bukan rezeki saya :(

    [Reply]

  43. Ains

    saya nak tanya tapak zip sembunyi order kat mana?blh tak saya nak beli 1.

    [Reply]

  44. mimie

    akak….nk tnye, kalo nk wat huruf2 n bntuk cartoon2 kt t shirt nk gune felt yg mane? xtau la….nk try jhit kt tshirt..hehhe…

    [Reply]

  45. mamafarah

    Assalamualaikum …akak nak tumpang tanya kat mana ye akak blh beli pembaris patchwork tu kalau blh nak yang murah ckit …hehehehe

    [Reply]

  46. fara

    Kain felt tu sama x dgn kain fleece?
    fara recently posted..Tempat Lepak Minum KopiMy ComLuv Profile

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @fara, beza

    [Reply]

  47. fara

    ooo.. dia mac kain selimut tu yek.. yg lembut dan gebu
    fara recently posted..Tempat Lepak Minum KopiMy ComLuv Profile

    [Reply]

  48. faizah

    salam~
    nak tanye.. felt tebal lembut color purple tu nk beli kat mane erk?
    kebanyakan nye org jual yg keras n lembut nipis je.

    [Reply]

  49. lianzpencilcase

    salam tini, rasa-rasanya jahit kain felt pakai mesin lagi senang, sebab saya dan isteri dah jahit beribu nama pakai mesin, sekarang ni saya dalam rancangan nak buat mesin untuk potong nama dan bunga serta corak yang lain , sebabnya cepat dan tepat dari pakai tangan alaihai demam, sakit tangan dan tension, saya bisnes jadi saya kena pakai mesin, kami buat beg jalan , beg telekong, beg cosmetic pencil case dan macam2 lagi berserta nama sekali, saya low profile, saya lebih suka orang tak kenal saya, janji product saya orang suka , nasihat saya kalu nak serious dlam bisnis ini pakai mesin supaya cepat dan pelanggan tak marah

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @lianzpencilcase, bagus la kalau boleh jahit guna mesin kalau jahit huruf tu.. Effect dia sama ke dgn yg jahit guna tgn? Kalau sama bagus la.. Maybe org lain boleh cuba juga… Heheh kalau nak jahit beg felt guna mesin mmg la boleh n pantas dan beribu.. Selamat maju jaya la ya.

    [Reply]

    yusry Reply:

    @TiniHani, salam, kak tini. kedai sus tu kat mane ek? sata org baru dalam dunia felt craft nie..

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @yusry, kedai online.. link dia kat sidebar tepi tu ada

    yusry Reply:

    @TiniHani, kat mane nk dapat kan aksesori klip rambut,butang dan sebagai nye tue kak tini?

    [Reply]

  50. maznahassan

    pls tell me mana nak dapatkan kain kapas untuk jahitan sulam. dah cari merata tak jumpa

    [Reply]

  51. sha

    salam.. kt mna nk dapatkn mesin pemotong kain felt tuh??

    [Reply]

  52. leen

    salam.. mana nak cari kain fleece yg bercorak2 ato pon flannel.? xde org nak jual ke.?

    [Reply]

  53. ella

    kak.. ada tau,mane nk beli buku tutorial kraft kain felt ni x? sy berminat sgt nk belajar… tq..

    [Reply]

  54. ella

    kak, mane nk dpt buku tutorial kraft kain felt ni? sy bminat dan nk belajar sgt.. tq

    [Reply]

  55. nurul hidayah

    kak,sye plan nk bka bsnes wt keychain gne kain felt..
    blh tak akk bgtau sye n ajr sye scra dtail brg2 yg ptut sye ade..
    klo blh jns kain felt yg baik…
    hrp akk dpt bntu sye..

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @nurul hidayah, dik pi aje kedai sus.. dia ada jual tutorial buat keychain bagai ni semua… google jerr

    [Reply]

  56. Ira

    Saya nak tanya la…kalu untuk wat bunga…felt mana yang sesuai yer….harap dapat membantu sebab saya nak wat bunga guna felt untuk majlis adik saya…thanks

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @Ira, arcyilic

    [Reply]

  57. sya

    sis klu kt nk uat huruf2 kt bj kt pakai kain felt jenis aper?poly ker?tak berbulu ker klu basuh?

    [Reply]

  58. zaiti

    nak tahu kalau ada shop online yg jual kain felt, fiber n yg gantung2 tu. butang skali? hehe

    [Reply]

    shailah Reply:

    @zaiti,
    sy ada jual polyester felt yg agak keras dan x berbulu jika baduh.ssi untuk huruf kat kusyen atau baju.ada juga supply, butang, zip biasa @ sembunyi,fiber fill, hp strap,keychain ring,wool felt, kain flanel n mcm2 berkaitan kraft.jom tgok blog, http://nnsfeltcreation.blogspot.com.

    jika berminat ley emel sy, nnsfeltcreation@gmail.com

    [Reply]

  59. yan

    salam sis..felt yg digunakan untuk jahit kat t-shirt jenis apa?cantik2 la tgk geram pulak..hehe

    [Reply]

  60. aremazura

    Tini…setuju le..kalo jahit mesin memng tak cantik..

    [Reply]

  61. Syafiq Jalil

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… :)
    cik tini nk tanya cket,,macm mane nk dptkan kain felt tue drpd cik tini??
    cik tini ade jual ataupun xdak kain tu??
    kalu ade tolong reply kat email saye..
    A.S.A.P :) THaNK yOU!!

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @Syafiq Jalil, dik.. baca sampai abis ke tak ni? kat atas tu siap dah bg link beli kat mana…

    [Reply]

  62. ayu

    sisssss….help me.huhu..
    sy ni beginner… slalu wat bantal guna felt beli kat daiso.jahit blanket stitch kat keliling…
    skag gtal2 try beli flannel yg gebu mulus tu..
    pastu..xreti nak jahit tepinya…tooloong kak…
    emel sy… ayuzan@hotmail.com

    [Reply]

  63. azreena17

    salam sis…nk tahu harga kain niy.berminat la

    [Reply]

  64. azreena17

    reply kat email sya(azreena.azman@yahoo.com) @ fb sya(ena azreena letto)

    [Reply]

  65. diera

    mcm mane nak wat keychain bntk lov or bunga guna kain felt?

    [Reply]

  1. Lagi pasal felt | TiniHani.com

    [...] n customized felt tshirt… kalau ikutkan ada aje post yang saya dah buat pasal felt tu.. boleh tengok dan baca sini. Soalan sama je kan.. sebagai kesimpulan.. ni [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled