Jus dan jem roselle… yummm

Masih ingat lagi tentang kisah bunga roselle saya yang kembang mekar tu? Bila bunga dah kembang mekar kemudian layu… maka terhasillah jem dan jus roselle. Sedap…

jus roselle.. sedap. Belakang tu pokok roselle ya. Gemuk pokok tu. Hiks memang macam ada sedikit rasa ribena. Ada masam-masan manis. Warna merah dia tu memang asli. Tak perlu tambah pewarna. Hanya tambah gula sahaja. Sekali minum pasti nak lagi. Tul tak Acik Sheeda?

Rebusan kelopak buah roselle jangan dibuang. Jadikan jem. Terangkat tau. Makan lak di masa sarapan pagi. Kan bagus kalau semua makanan dapat yang segar tanpa sebarang perisa dan pengawet. Syukur, tak dapat semua… dapat sikit pon dah bagus. Ada sesiapa nak tau macam mana nak buat jus dan jem roselle? Hiks

Ambil dari internet. Khasiat Roselle :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteria
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh

Ada juga kisah menarik minum jus roselle di Utusan Malaysia

3 comments to Jus dan jem roselle… yummm

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge