About Me

Boleh panggil saya Tini, boleh panggil Hani.. Pilih aje yang mana suka. Seorang mama yang ada tiga permata hati, kakak, abang dan adik.:) dan semestinya seorang suami yang menyokong dibelakang saya (luv u MDH) hiks.. Bekerja dalam bidang pengurusan dan profesional tapi masih nak menyibuk gak dengan aktiviti menjahit dan membuat kraf. Seronok bila selesai jahit ada hasil yang memuaskan hati.:) Saya dah lama terlibat dalam dunia blog ini tapi semua saya dah tutup cuma tinggal blog2 jahitan ini sahaja, harap saya dapat kekal blog ini lebih lama. :P

Saya menjahit menggunakan mesin Janome Harmony 2049 (Mdm Epal). Mesin ini ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Saya sudah mencuba menjahit baju kurung, langsir, dress kanak-kanak, jeans, apron dan pelbagai lagi tanpa perlu kemahiran yang tinggi. saya juga ada sebuah Mesin Jahit Tepi Brother (Mr. Serger) untuk mengemaskan lagi tepi jahitan. bercita-cita hendak mempunyai bilik jahit yang sempurna dan sebuah lagi mesin sulam (ermm.. cukup ke lagi sebuah. hiks).

Saya juga berkemahiran menjahit felt ke atas medium tshirt, apron dan tiara. Sesuai dpakai seluruh keluarga tidak kira dimana-mana sahaja.

Berhasrat untuk berkongsikan pelbagai ilmu berkenaan jahitan (ohh saya pon emak budak yang baru belajar dalam bidang jahitan ni), sedikit tutorial dan segalanya berkenaan seni kraf dan jahitan. Moga hasrat dan cita-cita saya ini berkekalan lama.

Kalau ada sebarang pertanyaan dan persoalan boleh email ke tinihani@gmail.com

5 ulasan:

  1. Askum kk tini,akk xamik tempahan buat tudung e

    BalasPadam
  2. Hai kak salam pekenalan..saya pon suka menjahit tp xde masa nak menjahit..heheh alasan..tgk blog jahit semangat naik balik kdg2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe cari idea nak menjahit tu best... semangat boleh naik balik

      Padam
  3. Asmkm kak nak Tanya tag nama tu kena print com ke?
    Atau tempah berapa boleh wazzap 0173952716

    BalasPadam
  4. Salam kak tini..hana nak tny..kat mana boleh cari acuan butang bungkus kat kl ni?

    BalasPadam