Apr 17

Jahit sendiri dress labuh :)

Nak bagitau awal-awal :GG Ni saya jahit untuk sendiri pakai, saya tak ambil tempahan jahit dress pon, takde kelayakkan pon. Cuba jaya aje.. asal boleh :)

Dress labuh dari fabrik lycra, mudah sangat nak menjahitnya.. saya ikut aje bentuk dress kegemaran.. tak perlu ada banyak teknik jahitan pon. Hanya asa jahitan lurus dan juga memerlukan mesin jahit tepi. Mudah digayakan dengan kot untuk kelihatan formal.

Tanpa lengan sebenarnya dress ini. Saya buat tanpa lengan bagi memudahkan di pakai dengan jacket, cardigan atau kemeja. Lagi satu teknik jahitan diperlukan adalah jahit bias di leher dan juga lengan. Malas nak ukur betul-betul kelebaran kain.. heheh tu yang agak lebar bias tape saya jadinya. Lepas ni boleh ukur kecil sikit kelebaran nya. Lagi akan nampak kemas.

Saya suka bahagian leher, nampak kemas. Sesuai pula corak fabrik bias tape tu dengan corak yang pada badan. Macam ada kesinambungan. Kat bahagian ketiak agak tak senonoh sikit. Hahahh nak cepat siap punya pasal dan juga pi gunting lebar sangat bias tape tu.

bawah dress… jahit tepi sikit lepastu di kelim untuk jahitan lurus biasa.

Dress labuh yang digayakan dengan kemeja. Mudah sangat nak buat dress ni. Saya gunakan kain bidang 90 dan lebar 1.5meter kain sahaja. Lepas ni boleh terjah Kamdar lagi cari kain lycra yang menarik. :)

Apr 16

Giveaway FB page 5000 likes :)

UPDATE 17 April : Pemenang giveaway ini adalah rakan FB Zalifah Mohd Nor. minta email saya alamat dan no Hp yer :)

Seronok bila tengok FB Page KedaiJahitKu TiniHani.com dah mencecah 5000 likes.. Ramai like sebab nak cari info mengenai kain felt kan.. Di sebabkan seronok saya nak buat giveaway pada yang bertuah

Satu penanda buku baby lion yang comel dan gebu dan satu handphone strap bunga yang manis

chubby sangat baby lion ni.. penuh satu buku.. pasti tak salah tanda buku tu

Handphone strap bunga manis pula… pasti semanis pemiliknya :)

Ok la ni giveaway suka-suka aje.. Kalau nak dapatkan giveaway ni.. tinggalkan saja komen di bawah… kata nak menang giveaway ni… :) nak tinggalkan komen di FB boleh.. di blog pon boleh. Seorang pemenang akan dipilih secara rawak untuk memiliki bookmark dan hp strap. :) Selamat berjaya.

Penyertaan ditutup sehingga 16/4 jam 11 malam. :)

Apr 13

Pack DIY Felt on Tshirt

Buat pemenat-pemenat saya :P yang tak dapat nak hadir kelas jahit felt on tshirt, ni saya ada jual pack DIY jahit felt tshirt. Boleh pilih Set yang berkenan ye, untuk tempahan email saya kedaijahitku@gmail.com

Set A: Rm47 dengan pos laju

Set B: RM55 dengan pos laju dan eraseable pen

Kalau nak mundah kerja trace template tu boleh la beli sekali eraseable pen, ada harga RM8 ada harga RM10(ni belakang dia siap ada eraser sendiri)

Set C: RM35 e-book. Buat yang dah ada bahan-bahannya boleh beli ebook untuk panduan dan teknik jahitan

ini tshirt untuk adik Alif. nak naik kapal terbang katanya… ehhehehe terima kasih atas tempahan tu yer :)

Older posts «

» Newer posts