
Lama dah tak jahit nursing cover, bila ada yang minta nak buat nursing cover terus rasa seronok. terkenang zaman breastfeed Adik. Seronok. Kepuasan yang tak terhingga. Bila ada mama yang nak nursing cover mesti tengah gembira menyusukan baby dia kan.. jealous.. Hehhee kena tunggu adik pada Adik la… ahaks

Kalau buat NC ni wajib la kan ada peek-a-boo window, bahagian keras sikit, senang nak jengah baby kat dalam ni.

Saya gunakan metal slide. Senang nak adjust NC.. Ikut sesuai si mama la kan.

Fabrik ni da lama dalam simpanan. Beli kat bandung dulu. Simpan aje dalam plastik, sekali buka nak jahit.. alahai lembutnya fabrik ni. Sejuk aje rasa.. confirm la kalau baby duduk dalam ni rasa tak mau keluar aje. Hahah
Faham sangat tau diaorang ni. Ok la buat Mama S selamat BF ya. Terima kasih.

Hiks.. sajer je kan buat tajuk gitu. Suka sangat tengok muka menyengih budak dua orang. Dapat berendam dalam air la katanya. Kakak tak payah la nak kata apa. Memang suka main air. Adik lambat sikit penerimaannya. Lama-lama baru ok. Pastu nak ajak keluar dah mengaruk.
Adik pula lepas kehilangan separuh stok susu dia, adik macam tak nak minum pula susu yang dah diselamatkan tu. Mungkin rasa lain atau saja nak uji mama? Waktu siang dia minum sikit sangat. Nasib la dah makan bubur and minum air masak. Dia sanggup tunggu saya balik dari kerja dan baru minum sepuas hati. Bila siang tak mahu minum susu maka malamnya habis la nak berkepit aje. Takpe la adik.. mama sediakan stok susu fresh pula ye.. Di tambah pula sekarang ni sibuk nak berdiri, mula datang perangai meragam ni. Manja terlebih la adik ni.
Betul ke kalau anak menyusu ibu ni manja dia lain sikit? (ahaks memang pon.. saya memang manja ngan mak saya

)
Sajer je letak entry ringan-ringan sebab geram tengok badan adik. Memang tiap-tiap hari kena gigit. Abaikan ajelah air terjun tu.. hahahha Drypers ke mana-mana syarikat pampers ke tak nak ke ambil adik jadi model? Geram okeh…..
Apa yang paling menyedihkan buat ibu yang menyusukan anaknya? Penghasilan susu berkurangan? Ya.. Bekalan susu berkurangan? Atau peti sejuk rosak??? Huarggghhh Peti sejuk saya rosak tiba-tiba. Tidak sejuk tanpa memberi sebarang amaran. Ingat tak entry minggu lepas yang saya masa tu kurang buat stok susu kerana berkursus, tetapi bila habis berkursus stok beku susu saya bertambah balik. Bila stok beku dah bertambah, peti sejuk pulak rosak.
Habis la terganggu stok-stok beku saya. Bila sedar peti sejuk rosak terus menggelupur cari peti coleman. Dah lah tengah-tengah malam ni. Nasib sempat beli dan selamatkan stok-stok tu. Tapi nak kekalkan beku susu tu boleh buat saya tak tidor malam. Saya bawakan susu yang masih beku tu untuk disimpan di peti sejuk pejabat. Huarrghh.. cepat la baik peti sejuk ku itu.
Saya mesti kuat semangat.. cepat la orang datang baiki peti sejuk saya tu.Nasib la kejadian ini berlaku dah nak hujung minggu boleh saya direct bf aje. Lagi 2 bulan genap setahun usaha saya menyusukan adik. Memang tidak banyak cabaran sepanjang menyusukan adik, kiranya ini la cabaran paling besar saya pernah terima. Sangat sedih kalau susu-susu tu kena buang begitu sahaja. Doa ku moga rezeki adik masih berpanjangan.
Komen-komen Terhangat