Archive

Posts Tagged ‘easy stitch’

Tea Cozy, siap! Jom minum

January 17th, 2011 TiniHani 14 comments

Pertama kali saya siapkan projek Jom Jahit cepat. Kena siapkan cepat, sebab lepas ni dua minggu saya nak bersingsing lengan siapkan segala tugasan dan peperiksaan akhir untuk semester ni. Hiks. Pantas kan masa berlalu.

Baiklah kembali ke Jom Jahit tea cozy ni, saya gunakan heavy cotton warna kuning untuk fabrik luar dan kain merah polkadot untuk bahagian dalam. Lepas tu buat easy stitch I love Tea. Saya memang suka tea. Saya memang tak minum kopi. Tak payah la pelawa minum kopi, memang tak lalu. Hiks

Yang paling menarik, saya cuba jahit easy stitch yang dah lama tak cuba. Bila dah lama tak buat easy stitch mula la jahitan menggeletar bagai. Hiks.. tu la partner easy stitch saya Anique dah lama mendiamkan diri, tu yang kurang semangat sikit. Takpe la lain kali boleh cuba easy stitch lagi untuk projek akan datang. Terasa nak buatkan apron sepasang dengan tea cozy ni la. Menarik tak eh?

Yang lain-lain tu kalau nak turut Jom Jahit Tea Cozy, banyak masa lagi. Ok, semua selamat menjahit. :)

Imbasan aktiviti menjahit 2010

January 4th, 2011 TiniHani 5 comments

Seronok pula tengok orang lain buat imbasan aktiviti menjahit 2010. Saya pon nak tiru gak la. Hehehe tiru yang baik2 apa salahnya kan. Saya kumpulkan gambar-gambar yang pernah upload dekat blog. Mak aihh berlambak. Carilah aje mana yang terang. Gambar-gambar jahitan felt tee saya tak masukkan kat sini. Tak larat la nak compile. Nak tengok semua koleksi felt tee jengah aje kat FB.. hikss

Warna-warna hasil jahitan saya sepanjang 2010. Terima kasih sangat-sangat kat MDH yang banyak menyokong saya dalam aktiviti saya ni. layan kan aje lah saya nak pi beli kain.. beli benang.. hikkss (sayang abang.. opss…) Seronok.. aktiviti yang mula-mula sekadar suka-suka isi masa lapang.. lama-lama jadi seronok dan orang lain mulai hargai. Semua jahitan saya guna hasil dari mesin Janome Harmony 2049 dan juga hadiah mesin jahit tepi Brother dari MDH (makin la sayang).. Mesin sulam tak nak belikan plak bang? Ahhakss… Tak sempat-sempat lagi pi kelas formal menjahit. Emm kena jadi azam 2011 ni.. ahaks. Yang penting azam dan minat mesti kuat. Selamant menjahit lagi dan lagi untuk 2011 :)

Tadaaa.. ini dia

May 20th, 2010 TiniHani 17 comments
Sebenarnya saya dapat idea buat beg ni dari Kham Joe. Hehhehe Tapi sebab takde masanya nak cari beg coklat goreng pisang tu, saya buat aje la guna kertas biasa. Punya la berhempas pulas nak melipatnya. Siapa yang terlibat dalam lipat melipat tu terima kasih ya. Hahahah

Lepastu, apa lagi.. buat la tag yg comel tu.. Nak bagi cantik potong aje dengan pinking shears. Lawa la dia. Kata ribbons banyakkan.. guna la selagi boleh. Saya buat punya la dah rasa cun habis sekali boleh tak kakak pergi conteng,,, Nampak tak? Huruf H…. isshhh geram


Orang suruh tulis kat dalam.. laju aje dia tulis kat luar, bila disuruh tulis tiba-tiba aje “Kakak tak pandai tulis la mama…” ahhhhhh geram lagi… Macam-macam karenah.

Ini la beg yang sempat disiapkan di Subuh hari. Harap-harap teacher kakak suka la. Jahitan paling mudah mama gunakan. Fabrik dia.. ahhhh suka sangat.. lepas ni lebihan dia boleh la buat sepit rambut lagi. Hikss…
Tali beg saya gunakan juga yang from Paris tu. Jahitan easy stitch Selamat Hari Guru yang telah diperkemaskan dan saya jahit kain tu zig zag sahaja atas beg. Wallah da siap. Apa-apa pon.. janji kakak dan teacher kaka suka eh.