Archive

Posts Tagged ‘fabrics’

Stok fabrik baru

December 5th, 2011 TiniHani No comments

Fabrik dari Love and Craft. Sempat juga sambar snap button sebab ada sales masa beli tu.

Farbtik dari jepun ni. Berry berry Tomodachi. Masa saya beli tu Ira buat promosi, 3 meter free shipping ke malaysia. seronok. Saya paling suka fabrik yang gambar makeup tu sebab ada bling-bling… comel…

ni dari Kamdar pula. yang plain tu japanese cotton saya nak buat untuk tempahan sarung kusyen. Sejuk… Polka dot tu memang saja-saja tambah stok untu tempahan Nursing cover kalau ada. :)

 

Categories: Blog Tags:

Ahli baru dalam bilik jahitku

February 25th, 2011 TiniHani 18 comments

ce ce.. cuba teka apa ke bendanya

tekalah… ahahhaha

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tada…. hahahah mampos buat lawak entry pepagi gini.. Akhirnya…. dapat juga saya mannequin ni. Tempah online aje, malas betul nak ke Jalan Kenanga tengah-tengah KL.. (MDH malas nak layan sebenarnya) Bayar deposit hari ni, esoknya pi self pick-up. Pantas. Nak tau kat mana? hahaha duaposen….. :P Senang la sikit nak display hasil jahitan lepas ni, MissM ni pon size saya.. boleh la ngan jayanya nak jahit baju sendiri lagi, tak yah la ukur baju dibadan sendiri lagi pas ni.

Ahh tambah koleksi kain polkadot. Comel. Kat Teh Hwa, Mines semeter RM11.50. Murah kan. Stok kain belacu pon tambah. Ok la.. sila jeles ya semua…   :WHAP :P Jangan marah na….

Categories: Blog, Sewing & Crafting Tags: ,

Menyusun kembali bilik menjahitku

February 24th, 2011 TiniHani 32 comments

Meja jahit bersama-sama 2 mesin jahit dialihkan berhampiran tingkap. Cerah sikit mata memandang. Rak buku pon saya susunkan bertingkat. Senang nak kumpulkan bahan-bahan menjahit dan keraf. Bestkan kalau ada rak/perabot putih, tapi buat masa ini pembelian perabot dibekukan.. aihhh :SPEC

Barang-barang yang ada di rak buku tinggi tu. Semua saya letak dalam bekas plastik putih, sebab senang nak nampak.. kalau tak selama ni kalau nak guna aje mencari bagai nak gila.. hahaha sepah. Dah susun baru tau.. ouh ada lagi metal slide ni.. ouh button ni dah habis.. Hahhaha Nampak la stok-stok ribbon brooch saya, ric rac, benang-benang yang berwarnawarni. Sebelah ruangan kosong tu boleh masukkan mangkuk plastik yang size kecil tu. Nanti boleh la isi barang-barang lain.. Ahaks :GG

Akhirnya, fabrik saya tersusun rapi. Saya beli rak kain ni kat Ikea.. sebab nak warna putih.. Puas hati, emm macam boleh satu lagi aje rak ni. Hahhah

Koleksi felt dengan fiber, bahan penting untuk saya nak jahit tshirt.

Inilah fabrik yang ada, ada gak stok plain tshirt.. Senang dan teratur asingkan heavy cotton, polkadot fabrik, designer fabric.. kona cotton. Eiii jom tambah fabrik lagi. hahaha :WHAP