Archive

Posts Tagged ‘felt’

CFT: Lollipop dan gula-gula

September 15th, 2011 TiniHani 3 comments

Tempahan dari Puan Hawa untuk anak-anak-anak babysitter nya. Untung Asma dan Husna. :) Pn Hawa ni return customer yang dah banyak kali return.. terima kasih banyak-banyak.

Yang ini pula untuk Husna. Beliau kata buatlah felt yang sesuai untuk girls. Bunga atau rama-rama. Tapi bila fikirkan dah selalu sangat buat corak tersebut saya pilih lollipop dan gula-gula. Pasti manis budak-budak ni kan

Lollipop yang ceria

Dan gula-gula bersama butang comel. Ringkas dan ceria.

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan customized felt tshirt ni, boleh aje isi form di ruangan Contact Me di atas ya. Saya akan balas email tersebut dalam tempoh masa 24jam.

Categories: Blog, Felt Tee, Sewing & Crafting Tags:

Sepit rambut felt di pagi Syawal

September 7th, 2011 TiniHani 7 comments

model kesayangan mama. siap makeup bagai. nak Hari Raya ni mama katanya. Saya buat semua sepit rambut felt ni di malam raya. dapat tutorial dari internet kaedahnya kan. Asalnya nak buat satu sekali dah mula buat tak boleh berhenti. heheh terus hasilnya di bahagi ke anak-anak sedara yang ada.

4 bersaudara yang memeriahkan suasana. tak cukup korum lagi duaorang. yang berempat pon dah riuh rendah pening kepala. mama buat kan juga felt hair scarf utk sarah. sesuai lak ngan warna baju

adik yang muka paling notti. jambul asyik terkeluar aje. sebulan adik kena sembelit.. mengaruk aje bila nak berak. macam2 ubat saya bagi.. 2 kali juga la tukar susu. Alhamdulillah sekrang ni dah ok sikit.. saya guna Anmum pula.. moga pulih lah dari sembelit dia tu. sian tengok

Yang ini pula bunga felt gabungan ungu dan kelabu.. semua ada baju kurung sepadan warna dengan sepit rambut ni

yang ini pula bunga felt rose warna turqoise. lilit sahaja sampai selesai jadi bunga

yang ini kombinasi dua warna felt yang dijadikan sekuntum bunga ros. mudah sahaja. jimat belanja sambil habiskan stok felt yang ada. ehhehe

 

A happy rainbow and love

March 17th, 2011 TiniHani 7 comments

Untuk yang berminat untuk ikut serta dalam kelas Jahit Felt Tshirt, boleh bookmark jadual anda berkemungkinan besar pada 2 April 2011 jam 2 hingga 5 petang di Taman Sungai Besi Indah (sebelah The Mines) nanti saya akan berikan info lanjut. Jom.. Jom.. jommmm

a cute love for qaisara

a colorful rainbow for baby adrianna

hope this two happy elements will cheer them more

Categories: Blog, Felt Tee Tags: , ,