
Dua orang budak yang pantang dapat keluar rumah. Seronok benar la konon nya. kakak yang tak habis-habis nak berposing liuk lentok.. Macam ultraman pon ada gak.

Keluar sebab nak celebrate birthday MDH… umur berapa yang? 25 tahun je baru.. hikss… Kami doakan abah sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan sentiasa di rahmati Allah. Sayang kami semua selalu okeh.
Kakak dengan potongan rambut baru. Rambut nak masuk tadika la katanya.

Mulut adik bersimpul-simpul kunyah makanan. Kakak nak ambil gambar ngan adik la mama. Macam selalu.. agak sukar menangkap gambar Hariz dengan elok. Bulat mata adik eh.

Okeh kita posing gaya mami Ayan lak.. Hiks…. Cheese… muka happy makan banyak kan hari tu… alhamdulillah

Pandai adik makan sendiri eh.. pas ni nak duduk nursery.. pandai-pandai la adik berdikari eh… (ahh emo.. ciannya adik kena dok ramai-ramai… huarghh).. Adik good boy la mama…. jangan risau… Insya allah…..

Sedikit gambar makanan. Ouhhh.. ini bahagian saya sahaja ya… MDH makan apa tak sempat abis. Yang paling menarik hari tu.. Dim sum seafood dan juga kerabu mangga bercampur daging. Yummy and juicy. Kitaorang lunch kat Equatorial Bangi. Tempat kegemaran celebrate event sebab makanan dia memang sedap, berbaloi la kiranya. Cuma hari tu takde tomyam.. ahh melepas

Puas makan.. nak turun kerusi.. main lari lari jerit2.. Adik mulut masih penuh ngan makanan. Dia ni suka simpan makanan dalam mulut… Penuh aje pipi.. Lambat-lambat baru nak telan.. EEiii.. minta mahap la kat orang lain, nak wat camna kan… bukan leh ikat pon diaorang ni. Siapa yang jeling-jeling tu.. mama wat tak tau aje la.. pasrah.. anak saya aktif.. hahahah

Ok.. masa utk berposing sebelum balik… kakak, tak habis-habis nak jadi model wannabe… Adik sebenarnya nak lepaskan diri… mata melilai ke tempat lain.

Tengok la.. betapa susahnya nak ambil gambar ngan anak bujang ni. Ikut suka hati dia aje. Gambar memang tak senonoh.. kakak aje la posing ngan mama… Adik jadi latarbelakang aje la. Asalkan ada… (aahhaha kejam tak)..Tudung mama pon dah tak senonoh,handbag dah kemana… nasib la.. yang penting gaya mesti ada.. kata ada anak dua kan.. daripada tak tentu arah, usaha untuk bergaya kena teruskan.. Caiyok…
Sekali lagi… Happy birthday MDDH.. Happy Birthday Abah….
Komen-komen Terhangat