Archive

Posts Tagged ‘hairclips’

Imbasan aktiviti menjahit 2010

January 4th, 2011 TiniHani 5 comments

Seronok pula tengok orang lain buat imbasan aktiviti menjahit 2010. Saya pon nak tiru gak la. Hehehe tiru yang baik2 apa salahnya kan. Saya kumpulkan gambar-gambar yang pernah upload dekat blog. Mak aihh berlambak. Carilah aje mana yang terang. Gambar-gambar jahitan felt tee saya tak masukkan kat sini. Tak larat la nak compile. Nak tengok semua koleksi felt tee jengah aje kat FB.. hikss

Warna-warna hasil jahitan saya sepanjang 2010. Terima kasih sangat-sangat kat MDH yang banyak menyokong saya dalam aktiviti saya ni. layan kan aje lah saya nak pi beli kain.. beli benang.. hikkss (sayang abang.. opss…) Seronok.. aktiviti yang mula-mula sekadar suka-suka isi masa lapang.. lama-lama jadi seronok dan orang lain mulai hargai. Semua jahitan saya guna hasil dari mesin Janome Harmony 2049 dan juga hadiah mesin jahit tepi Brother dari MDH (makin la sayang).. Mesin sulam tak nak belikan plak bang? Ahhakss… Tak sempat-sempat lagi pi kelas formal menjahit. Emm kena jadi azam 2011 ni.. ahaks. Yang penting azam dan minat mesti kuat. Selamant menjahit lagi dan lagi untuk 2011 :)

Fesyen Fatin Liyana : Ribbon brooch

December 10th, 2010 TiniHani 10 comments

Siapa tak kenal Fatin Liyana boleh la jengah sini… ehheheh.  Suka tengok Fatin ni bergaya. budak-budak tengah meningkat naik kan. Comel bila dia pakai riben kat tudung tu. Terima kasih ya Fatin, bagi akak pinjam gambar awek cun ni.. hiksss

Pastu, ada pula yang baca blog saya, bila tengok saya buat hairclip yang bentuk ribbon tu, request supaya saya buatkan jadi ribbon brooch, boleh la pakai kat tudung tu macam Fatin. Hehheeh saya pon mula lah berbalas-balas email dengan Fatin, tanya kat mana dia dapat kan brooch tu, dia kata dia beli kat kedai-kedai Indon (dia kat Bandung sekarang). Payah gak la kot nak dapat kat Malaysia kalau jenis pin bagai ni.

Maka terhasillah ribbon brooch daripada TiniHani.com. Terima kasih pada Amy yang buat permintaan ni, boleh la saya cuba yang baru pula. Fesyen tengah in dikalangan budak-budak ni. Kalau siapa nak boleh jangah kat sini Kedai Jahitku. Boleh request jenis fabrik lain (tengah sort fabrik ni) Selain tu saya tengah buat yang lain dengan fabrik yang lain. Saya lebih suka guna fabrik dari  grossgrain ribbon. Hehhehe

Hahhaha ni model yang tak in… ekekek nak gak la cuba pakai. Tapi nanti kaka nana jeles lak mama pakai.. ahhah hari tu bila saya pakai jap, dia terus request nak pakai tudung pastu nak pakai ribbon brooch ni. lawak la kak… pantang tengok mama ada lebih sikit. Okeh la… entry untuk fesyen baru.. :)

Sepit rambut comel sedang mencari tuan dia….

November 26th, 2010 TiniHani No comments

Semua sepit rambut ni jenis snap hair clips. Sepit dea berukuran 6 cm panjang. Yang ribbon tu berukuran dalam 8-9cm.

HC1 = RM7

HC 2 = RM8

HC3 = RM7

Terima kasih kakak… jadi model mama yang manis comel…. Mama bagi free aje sepit rambut ni

Contoh pemakaian. :) Mari-mari…..

Categories: Blog, Sewing & Crafting Tags: ,