
update: alhamdulillah.. 6 jam berlalu tanpa sebrang kesan pada adik. Tiada tanda-tanda merah, ruam ataupon sesak nafas. Boleh lah kami pulang dengan senang hati. Lepas ni adik boleh la makan makanan yang ada campuran telur. Sayang adik. Terima kasih atas semua doa (komen, sms dan twitter.. hiks) dan sokongan rakan-rakan , saya hargai sangat2
******
dah dua jam kami di sini. adik baru ambil suntikan mmr 3 serangkai. disebabkan adik alah kepada telur kena la diberi pengawasan selama 6jam. Doakan adik baik ya. Aktif betul dia kat ward ni…
Apa yang paling menyedihkan buat ibu yang menyusukan anaknya? Penghasilan susu berkurangan? Ya.. Bekalan susu berkurangan? Atau peti sejuk rosak??? Huarggghhh Peti sejuk saya rosak tiba-tiba. Tidak sejuk tanpa memberi sebarang amaran. Ingat tak entry minggu lepas yang saya masa tu kurang buat stok susu kerana berkursus, tetapi bila habis berkursus stok beku susu saya bertambah balik. Bila stok beku dah bertambah, peti sejuk pulak rosak.
Habis la terganggu stok-stok beku saya. Bila sedar peti sejuk rosak terus menggelupur cari peti coleman. Dah lah tengah-tengah malam ni. Nasib sempat beli dan selamatkan stok-stok tu. Tapi nak kekalkan beku susu tu boleh buat saya tak tidor malam. Saya bawakan susu yang masih beku tu untuk disimpan di peti sejuk pejabat. Huarrghh.. cepat la baik peti sejuk ku itu.
Saya mesti kuat semangat.. cepat la orang datang baiki peti sejuk saya tu.Nasib la kejadian ini berlaku dah nak hujung minggu boleh saya direct bf aje. Lagi 2 bulan genap setahun usaha saya menyusukan adik. Memang tidak banyak cabaran sepanjang menyusukan adik, kiranya ini la cabaran paling besar saya pernah terima. Sangat sedih kalau susu-susu tu kena buang begitu sahaja. Doa ku moga rezeki adik masih berpanjangan.

Ni dia anak bujang mama.. hero kuat lalak.. ehhehe jangan marah ye hariz.. raya haritu dia asyik nangis aje… meragam.. penat rasanya.. ialah harizkan jenis duk rumah aje.. tak macam kakak nana kuat jalan.. sekali dibawa berjalan… abis.. dia mengarukk.. ehhehe buat masa ni bdk kecik ni dah pandai meniarap dengan jayanya.. yg kelakar.. bila nak meniarap la sibuk nak masuk tgn dlm mulut.. sibuk nak tonggeng bontot.. tak sempat2.. semua benda nak buat dalam satu masa.. sabar la sayang…
uihh mungkin mama kene kuar kerja.. 5malam gak la.. sedihnya bila dgr.. ingatkan tak yah dah.. ialah fikirkan hariz still BF.. kalau siang dia boleh layan lagi.. ni malam macam mana ni.. sedihnya kalau fikir pasal ni.. huarghhhh
Komen-komen Terhangat