Archive

Posts Tagged ‘Jom Jahit’

Jom Jahit Table Runner: Khas untuk Aidilfitri

September 19th, 2011 TiniHani 9 comments

NAmpaknya table runner yang dah siap jahit ni semua guna untuk Aidilfitri kali ini. Siap semua dengan kuih raya kan. :) . kalau sesiapa yang baru nak joint boleh klik Jom Jahit Table Runner. Sementara tu jom ramai-ramai terjah blog hasil kreatif blogger yang dah siap ni.

Table runner dari CT n Honey.
Ceria betul.. suka sanya tengok.. rajin pula tu buat aplique.. kalau saya lah ntah zaman bila boleh siap.

ini pula table runner ZiraAziz yang berpatchwork.
Kombinasi warna tanah. sejuk mata memandang. Cantik. :)

Table runner dari Cik Mila Rimbun kita, dijahitkan khas rumah bonda beliau

Nureen pilih kombinasi warna ceria pink merah. Saya pon naik geram tengok warna ni. ceria.

Ini tuan tanah punya. habiskan sisa-sia kain yang ada.

Terima kasih pada yang menyertai aktiviti Jom Jahit secara maya ni. Kalau ada yang dah siap tapi saya tak update lagi bagitau la ya…

 

Categories: Blog, Sewing & Crafting Tags:

Jom Jahit: Table runner raya TH

September 7th, 2011 TiniHani 19 comments

sempena raya ni wajibla kan atas meja ada sekali kuih raya. ehhehe Ini la table runner saya. Kain lebihan dari yang dulu masa buat projek Jom Jahit sarung kusyen. Ukuran dia agak lebar, kat pasaran takde kot table runner dengan kelebaran ikut suka saya ni. :P

gambar penuh table runner. Ingatkan nak beli fabrik baru untuk buat table runner ni tapi adik asyik demam aje sepanjang bulan puasa yang lepas, saya pon selongkar aje la almari.. dapat la kain ni. Kalau perasan saya sambungkan kat tengah3 tu.. Kain yang ada tak cukup panjang. AHhahah Nampak tak?

saya buat kemasan dengan jahit tepi dan kemudian jahit mesin seperti biasa. sekejap aje siap.

Percaya atau tidak.. ada lagi lebihan kain tu.. saya buat la untuk cover almari kasut.

table runner ni kurus sikit. boleh la.. buat menambah seri.

saya jahit tepi sahaja dan biarkan begitu. Tak nampak sangat serabut kan

oklah siap juga table runner saya. ada lain yang dah siap? Seperti selalu.. ada jer duaorang budak yang sibuk. Pantang nampak kamera. tu yang kat gambar2 atas ada aje kaki la tangan la yang nyibuk. hehehe

Koleksi Jom Jahit Wallet.. cantik :)

April 5th, 2011 TiniHani 24 comments

Ok la.. ni koleksi untuk Jom Jahit Wallet yang lepas. Kali ni saya rajin sikit nak edit gambar hasil jahitan korang yang cun melecun tu.. kalau tak suka hasil edit tu bagitau ya.. hikss… sesuka hati aje kan…

Aida rajin betul.. sampai dua dia jahit.. ini yang pink khas untuk wallet

yang kuning berbuah jambu pula beliau buat sebagai clutch.. rajin betul… Jom tengok blog Handmade by Aida

Mila pula jahitkan wallet untuk anak dara dia.. untung Izzah kan… Mesti dah pakai… Jom tengok Cute LilWallet dari Mila@Rimbun

Yan OliveHijau pula buat wallet untuk kad pelanggan.. Tahniah Yan.. siap boleh masukkan 12 kad lagi.. hebat hiksss :P

Cik Ainaa dari ainaa corner pon buat card wallet. Comel berbunga-bunga patchwork

Saya tabik spring la kat Suzie.. rajinnya buat wallet gaya gini. kena ada tahap kesabaran yang tinggi tau. Panjang kisah nak jahit wallet ni, kita baca kat Suzi loves sew, likes sew, only sew

Wallet dari miedacreative. Takpe, kalau silap tu kan proses pembelajaran.. makin lama jahit nanti makin la puas hati :)

Zila dengan folding card wallet. Cantik.. punya la banyak kad boleh masuk dalam tu kan. Fabrik pon cantik. Berbaloi baloi

Ini TuanTanah punya.. saya buat khas untuk simpan wang kertas. Merah itu berani Jangan berani nak shopping selalu sudah.. hiks :P

Categories: Blog, Sewing & Crafting Tags: ,