Archive

Posts Tagged ‘machine’

Imbasan aktiviti menjahit 2010

January 4th, 2011 TiniHani 5 comments

Seronok pula tengok orang lain buat imbasan aktiviti menjahit 2010. Saya pon nak tiru gak la. Hehehe tiru yang baik2 apa salahnya kan. Saya kumpulkan gambar-gambar yang pernah upload dekat blog. Mak aihh berlambak. Carilah aje mana yang terang. Gambar-gambar jahitan felt tee saya tak masukkan kat sini. Tak larat la nak compile. Nak tengok semua koleksi felt tee jengah aje kat FB.. hikss

Warna-warna hasil jahitan saya sepanjang 2010. Terima kasih sangat-sangat kat MDH yang banyak menyokong saya dalam aktiviti saya ni. layan kan aje lah saya nak pi beli kain.. beli benang.. hikkss (sayang abang.. opss…) Seronok.. aktiviti yang mula-mula sekadar suka-suka isi masa lapang.. lama-lama jadi seronok dan orang lain mulai hargai. Semua jahitan saya guna hasil dari mesin Janome Harmony 2049 dan juga hadiah mesin jahit tepi Brother dari MDH (makin la sayang).. Mesin sulam tak nak belikan plak bang? Ahhakss… Tak sempat-sempat lagi pi kelas formal menjahit. Emm kena jadi azam 2011 ni.. ahaks. Yang penting azam dan minat mesti kuat. Selamant menjahit lagi dan lagi untuk 2011 :)

Bahagian-bahagian mesin jahit

April 21st, 2010 TiniHani 10 comments
Dulu masa belum mesin jahit, saya cuba la cari guna pakcik google berkenaan mesin jahit. Punya la takut kalau nanti beli mesin jahit tak pandai nak guna. Sangat perlu membuat kajian sebelum membeli mesin ya. Hiks bukannya apa.. takut dah beli nanti tak guna pakai pula. Tapi selalunya hasil carian saya melalui pakcik google berkenaan mesin ni memang la payah nak jumpa. Dan sekarang saya selalu tengok orang jumpa blog saya pon bila mereka buat carian berkenaan mesin jahit. Kali ini saya rajin, mari kita kongsikan bahagian-bahagian mesin jahit.

Model pada kali ini adalah mesin Jahit Janome Harmony Model 2049. Gambaran keseluruhan mesin jahit ini

1. Butang jahitan arah terbalik — sesuai untuk mematikan jahitan sebelum dan selepas menjahit
2. Butang ragam jahitan — pilihan untuk jahitan lurus, zig zag atau bercorak
3. Butang jarak jahitan — pilihan untuk jarak jahitan
4. Butang lebar jahitan — pilihan untuk kelebaran jahitan

5. Pengawal jarum — menaik atau menurunkan jarum jahitan
6. Penyekat penggulung benang bawah
7. Pemegang gelendung bobbin — digunakan apabila hendak menggulung benang pada bobbin
8. Pemegang benang atas — satu benang untuk jahitan biasa, gunakan dua benang untuk menjahit jahitan jarum kembar

9. pengawal benang bawah
10. pengawal gerakan benang
11. cangkuk penggerang benang atas
12. Butang kawalan benang atas — nak longgar atau ketatkan jahitan

13. Paras lubang butang — diturunkan bila hendak jahit lubang butang
14. pemegang tapak penekan
15. tapak penekan — boleh ditukar-tukar
16. plat jarum
17. pengepit jarum — pusingkan bila hendak menukar jarum baru
18. jarum
19. Meja penyambung

Moga entry ini dapat memberi gambaran bagi sesiapa yang hendak membeli mesin jahit atau baru mula untuk menjahit. Jangan takut dengan mesin jahit anda ya.

Ada cara mudah rupanya nak jahit kaki seluar

April 14th, 2010 TiniHani 9 comments
Kesian kan dekat saya. Guna mesin jahit dah lama. 2 tahun? Tapi boleh la selama ini tidak menyedari bahawa ada cara mudah nak jahit kaki seluar atau tangan. Susah sebab diameter diakan kecik aje hujung kaki seluar ni kan…

Ini la cara saya selama ini. Duk letak la kain tu macam tu.. Kena jahit berhenti-berhenti. Lupa bahawa kotak kat bawah tu ada kegunaan lain bila di cabut (selain nak tukar benang dalam sekoci.. heheh)

Macam mana boleh sedar mesin jahit tu boleh di pelbagai gayakan? Sedar bila guna serger nak jahit tepi kaki seluar jeans. Muahahah Kat mesin ni pandai lak buat gini. Saya tanggalkan bahagian yang tengah tu supaya mudah kaki seluar tu ikut bentuk.

Jadilah macam ni serger tu. Kemas dan cepat aje siap jahitnya. Hahha lambatnya baru sedar.

Lepas dah sedar tu. Saya buat la kat mesin epal saya (bukan cik epal ye..) Ni rupa asal mesin ni sebelum dicabut kotak kelabu ni (yg selalunya dicabut untuk pasang sekoci aje)

Bila dah cabut jadi lah gini. So boleh la masukkan kaki seluar / hujung tangan baju kat bahagian tu. Kalau seluar budak tak muat la.. ahaks.. Akhirnya, saya jumpa juga cara mudah nak menjahit. Takpelah, biar lambat asalkan jumpa. Kesian kesian… :P
Categories: Blog, Sewing & Crafting Tags: ,