
Ahh bila mula buka internet balik, macam-macam la nak dibuat. Rindu tinggalkan aktiviti menjahit tapi seronok melayan kerenah budak dua orang ni. Penat tak boleh nak dikata la. Nanti-nantila saya update kisah dan cattan diblog ini. Kisah percutian ditepi laut kami, kisah jamuan perpisahan untuk saya… dapat anak sedara baru.. macam-macamla.. Bagi saya habis bloghopping dulu… nak bagi tinggal jejak dan menjeles kat hasil jahitan masing-masing hiks…. Ouhh esok saya dapat status baru. Nanti-nanti gak la saya updatekan ya… Cheers
Siapa lagi kalau yang paling gembira. Tentulah kakak kan. Tak habis-habis berposing. Suka kami laya gelagat dia. Memang seronok sangat masa kami pergi ni, sebab cuaca redup dan angin pon sejuk. Baru la feel sikit kat puncang gunung kan.
Jun 2005
orang lain kurus nak kawen.. saya tembam plak.. hahaha
Ogos 2006
Kakak 40 hari.. halus aje.
Ogos 2007
Kakak menyambut ulangtahun pertama. Seronok sangat dia. kecik-kecik dah pandai nak melawa. Rambut dah mula panjang..

Jun 2008
Selamat Hari Bapa buat abah. Waktu ni.. macam biasa kakak paling gembira bila ada sesi bergambar.
Ogos 2009
Dah ada adik. Adik dah 2 bulan waktu ni. Adik pula semestinya chubby aje. Geram nak geget. Terkepit dengan kakak.

Jun 2010
Wahhh.. happynya duaorang ni. Baik ke duaorang tu… adik dah sama besar dengan kakak dah.. Main peluk-peluk siap…
.
.
.
.
.
.
.
Tapi tu tak lama…. sekejap aje… tengok la.. adik dah pandai buli kakak…. Hahah geram sangat tgk gambar ni. Ya allah ya tuhanku… lindungilah keluarga kami. semoga kasih sayang yang ada menjadi hak milik kami selamanya. Sayang semua..
(lepas ni.. every year saya nak tambah satu gambar dalam entry yang sama)
oh.. saya takde mood nak update pasal jahitan. tunggu la ye hingga hujung bulan ni kalau bersabar.. hikss
Komen-komen Terhangat