Archive

Posts Tagged ‘MYSELF’

Status terkini & Beautiful blogger award

April 1st, 2010 TiniHani 3 comments
1. Thank and link the person that give the award.
Terima kasih Mis kerana bersusah payah bagi saya award ni :)
2. Pass this award to 15 other bloggers that you’ve recently discovered and think are fantastic:
Pah, Balkhis dan Fiza baju kurung (khas untk mereka yang banyak kongsi ilham dalam bidang jahitan
3. Contact them all to tell that they’ve won the award.
4. State 7 things about yourself:
  • sangat suka menjahit cuma masa aje masih mencemburui saya :P
  • membeli fabrik sudah menjadi hobi baru
  • berhajat untuk membuat lebih banyak tutorial jahitan dalam bahasa melayu
  • tidak pandai mengait, nak buat tali air pon gagal
  • memerlukan needle threader untuk masukkan jarum dalam benang (kalau tak sampai tahun depan pon takboleh masuk.. huuhuh)
  • nak sangat pergi belajar menjahit secara forma
  • saya suka makan.. nak-nak kalau buffet style
**************************************************
tinggal lagi beberapa hari kursus saya nak selesai. Banyak sangat aktiviti tertangguh dalam masa 6 minggu ini. Banyak juga tempahan saya kena anjak jauh ke depan. Terima kasih kepada yang bersabar dengan saya. Saya akan siapkan mengikut jadual ya. Tak sabar nak menjahit secara aktif balik.
Sepanjang 6 minggu juga la saya agak risau dengan stok susu adik. Disebabkan jadual mengepam tak teratur, bekalan menjadi sedikit. Risau juga la. Tapi adik bagai memahami, bila stok susu tinggal sikit pandai pula dia minum berdikit-dikit. Alhamdulillah, sampai saat ini adik masih sepenuhnya menyusu susu ibu. Yeahh. Takpe adik, minggu depan mama akan kembalikan stok adik macam dulu.
Categories: Blog, MyLife Tags:

Abis program nak berjalan

February 6th, 2010 TiniHani 2 comments
Tengok la kaki ini. Tiba-tiba bengkak sebelah, tak perasan pula apa kejadian boleh sebabkan bengkak ni. Jatuh tidak terseliuh tidak. Tapi sakit dia, mak aih.. susah betul nak jalan. Kaki yang kurus selalu nampak tulang macam belah kiri tu tetiba jadi bengkak. Sakit. Doktor kata, jangan pakai heels… ouh no no no… tak bestnya nak pakai kasut flat. Takde kasut flat pon nak pi opis. Selipar aje la. Huhuhu dah kena duduk diam-diam hujung minggu ni. Baru ingat nak bershopping. (hahahah tu la nak berseronok aje)
Nak tekan mesin pon sakit. Tak suka!! Nampaknya projek-projek yang dirancang tu kena tangguhkan kejap la. Tak suka!! Cepat-cepat la baik, saya ni bukan suka duduk diam.
Categories: Blog Tags:

Clarins: Power to try Workshop

September 2nd, 2009 TiniHani 2 comments

Awal Ramadhan hari tu mama sempat joint Clarins: Power to try workshop… dapat joint pon sebab sorang blogger yang rajin, Miu untuk organize dengan Clarins. dan yang utamanya.. adalah percuma.. :) workshop ni tujuan dia untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba produk Clarins yang bersesuaian dengan kulit sendiri…

Sebenarnya mama start guna clarins sewaktu mengandungkan hariz… waktu tu memang rasa comot bangat.. hahahha (memang comot kot).. masa jalan2 kat Sunway nampak ada starter set untuk kulit combination oily + dry… apa lagi mama cuba la… dari situ la terus melekat ngan clarins and terus jadi member..

workshop di Amoda Building.. cam biasa la MDH yang hantar n tunggu.. (hehehe memang tak pernah dilepaskan den pi Kl sendirik.. mama tak kesah pon janji dapat pi) yang bestnya workshop ni buat dekat Clarins HQ dan bersesuaian dengan tempat training dia…. sekali 20orang n semua rangkaian penjagaan kulit Clarins ada atas meja… syoknya.. (ala2 main pondok2 plak)

Miss Erin… demonstrator pada pagi tu.. bagus… siap ada power point presentation lagi.. terangkan semua mengenai produk yang ada… apa produk sesuai untuk kulit kering, minyak, gabungan… sensitif, jerawat….

ni produk2 yang ada atas meja mama…. pilih aje mana yang nak ikut target kita nak kulit macam mana… memandangkan mama guna rangkaian truly-mate, masa workshop ni mama try guna whitening pulak.. (bukan cubaan nak putih okeh..) tujuan nak sama ratakan warna kulit n hilangkan tompok2 hitam..

hehe baru terperasan pin ni kat blog Shannon.. muka kami yang sedang bertempek dengan mask.. cuba teka mana satu mama… hahahha nampak sangat dah sibuk mencuba tak dan ambik pic sendiri.. ada gak la pic terselit ni….


semua excited nak cuba produk yang ada… kiranya haritu macam kami dapat buat facial free aje.. dari cleansing, toner, mask, serum, mouisturizer semua dapat guna… berapa kali toner pon dah tak hingat…. seronok aje..

antara power point yang ditunjukkan… siapa nak tegang kan kulit muka boleh ikut cara2 kat pic tu yer…

catatan untuk produk yang sesuai dengan kulit muka… mana yang perlu dilakukkan dulu… nak cleasing dulu ke… pakai serum dulu ke.. bila plak nak pakai mouisturizer dan cara nak sapukan pada muka dalam kaedah yang betul.. jangan tonyoh aje ok… (hahah nampak sangat salah konsep selama ni) mama asyik ketawa aje ngan Kit bila dapat tau yang cara kitaorang salah… takpealah kali ni dah tau kan… hahaha lawak2….

muka ceria bila semua selesai mencuba produk yang berkenan dihati.. sempat touchup lagi…

dan yang paling best sekali bila dapat goodies bag… ada 50% voucher utk facial (sesuai sangat buat facial dah nak raya ni), some samples dan ada 2 lagi samples yang boleh ambik di kaunter..

Ini lah pertama kali pergi workshop yang melibatkan penjagaan kulit. Rasa kulit licin aje pas abis workshop ni.. Terima kasih buat Clarins Malaysia yang berani melaksanakan wokshop dengan percuma.. produk yang berkualiti akan beri manfaat kepada pengguna jugakan… thanks again pada Miu…

Antara blog entry mengenai workshop ni
- Miu
- Shannon
- Vonvon
- Harim

Categories: Blog Tags: ,