
Saya jahitkan pleated bag khas buat Nureen di Kemaman untuk aktiviti Sew and Share anjuran Zura Lovemelots. Okeh la saya nak namakan beg ni Missy Green. Hiks. Saya gunakan fabric Parsley (nanti update nama) dengan heavy cotton warna mouldy green. Beg ni besar gak. Macam-macam boleh isi, nak isi buku ke, barang baby ke… nak bawa telekung ke… semua boleh. Pelbagai guna la kiranya.

Bahagian bawah dia pon saya buat lebar. Tali beg pon saya gunakan kombinasi dua fabrik ni. Yang menariknya untuk beg ni saya hiaskan dengan sekuntum bunga ros. Ahhhh.. pertama kali saya buat dan jahit, Maafkan lah kalau tak kemas. Heheheh Saya jahit ros tu guna template Ros Maker dari Clover. Best sangat. Lain kali boleh jahit lagi untuk buat hiasan.
Buat Nureen moga awak suka dengan Missy Green ni ya. Saya juga dah terima hasil Sew and Share dari swap partner saya, Shubie. Comel, pinky lagi. Nanti saya update kan dalam blog lagi.
Beg Missy Green ni akan ada adik beradik lagi. Saya akan buat untuk di jual di Kedai JahitKu. Buat waktu ni, biar Pn Nureen kita gayakan dulu Missy Green.
Tunggu ya keluaran adik beradik Missy ya. Comel-comel semuanya.

Sew Hip! untuk bulan Disember ni. Nampak banyak projek menarik untuk dibaca, di belek dan dijahit (tolong lah rajin sikit… hikss)

Lawa kan beg tangan dia, fabrik dia pon cantik. Kalau nak buat kena cari tali besi tu aahh atau kena ubah sikit guna tali kain atau tali kuli mungkin. Baju biru yang dia pakai pon ada pattern sekali. Baju biru tu sebenanrnya baju ibu mengandung. Ahhh best best… mungkin boleh dipraktikkan menjahit bila besar lagi nanti… mungkin la kann….

Ni lagi yang best. Baju tidur. Sweeeettt…….. V neck kain satin. Seksi. Licin la sikit kalau nak menjahit tapi kalau nak uji kemahiran menjahit boleh aje cuba kan

Ahhh buat pengemar plushie.. boleh jahit bird ni. Tak silap saya semenjak keluaran November majalah Sew Hip! sediakan ruangan dan pattern macam mana nak jahit plushie. Bagus ouhh buat siapa yang suka wat. Saya belum terbuka lagi minat nak menjahit plushies ni… suka tengok hasilnya aje. Kalau sesiapa dah berjaya buat boleh la tunjuk kat saya… bagi jeles.. HAhahah

Sumbangan untuk Charity Project: Back to School anjuran Ayu Pondok Craft dan juga Puan Elly. Projek ini berkonsepkan hasil jahitan daripada ‘crafters’. Saya sempat buatkan satu set pencil case hello kitty. Siapa tak suka hello kitty? Cute kan. Saya harap sumbangan tak seberapa ini menceriakan adik-adik yang menerimanya.
[kakak pon dapat satu.. aiihh pantang kan tengok mama dia buat, semua nak satu.. dia dapat terus keluarkan pensil warna dia dan masukkan dalam beg hello kitty ni.. pandai...]

Suka manik kayu ni. Hujung besi zip tu kecik cinonet aje, so saya tambahkan la ribbon dengan manik kayu ni.. nak bagi senang diaorang tarik untuk buka dan tutup zip. Kak Ayu kata, masih boleh hantar lagi sumbangan. Batch pertama dah selamat sampai ke pantai timur, batch yang ke dua akan di hantar ke Perak pula
Komen-komen Terhangat