Emmm dah hujung tahun 2010 dah ya. Memang pantas tahun ni berlalu. Macam-macam berlaku tahun ni. Kebanyakkannya semua menyeronokkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sikit-sikit masalah melanda tu biasa la. Nanti kalau sempurna sangat hidup takde la rasa pahit manis masam kehidupan kan. Kalau siapa ada azam menarik 2011 boleh joint Contest Azam 2011 Yang dianjurkan Matjoe. Banyak hadiah-hadiah menarik.. berharga lebih daripada RM600. Saya pon ada sponsor hadiah. Skit je, tapi yang pasti comel. Apa lagi… ribbon brooch la. Ahaks. Gi la terjah blog Matjoe eh.
Azam 2011 saya? Saya sedang merancang untuk 10 tahun lagi bermula tahun 2011. Jauh kan perjalanan. Ada agenda besar 10 tahun lagi. Maka kena la bermula dari tahun 2011. Saya dah 40 tahun masa tu, kakak 14 tahun.. adik 11 tahn. Aihh besar dah anak mama masa tu. Semuanya akan melibatkan perihal keluarga dan kerjaya. (nak lari isu mana dah kan… ) Perancangan mesti teliti dan teratur supaya apa yang dirancang tu tercapai. Apa-apa pon yang penting kena berusaha. Selamat maju jaya semua
STICKY POST: cerita-cerita baru di bawah ya

Salam semua, macam biasa.. hujung tahun kalau boleh TiniHani.com mesti nak buat Giveaway. Tahun ni, saya nak kongsikan giveaway dengan pembaca blog dan semua yang pernah membuat tempahan felt tshirt dari saya. Kalau suka koleksi felt tshirt dari saya, boleh la ikut serta Give Away ni. Boleh berkenalan sekali. hiksss
Nak ikut serta dalam GiveAway ni? Jom laaa… mudah aje
- Buat entry dengan tajuk “Giveaway 2010 dari TiniHani.com”
- Copy gambar di atas untuk dimasukkan dalam entry anda tu eh…
- Tulis kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com?
- Kalau menang tshirt nak jahit :
- Like Kedai JahitKu.com di Facebook
- Tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah
- Pemenang dikira berdasarkan cabutan bertuah la ya dan akan dipilih melalui random.org
Peraduan berlangsung dari : 14 Disember 2010 – 14 Januari 2011
Keputusan : 20 Januari 2011
Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut :
Pertama : Felt Tshirt yang mempunya nama dan gambar pilihan anda
Kedua : Felt Tshirt yang mempunya nama pilihan anda
Ketiga : 3 buah ribbon brooch yang comel
Terbuka kepada semua pembaca yang pernah menjejaki blog ini. Tshirt yang dimenangi boleh aje untuk dewasa atau kanak-kanak.. baby pon boleh.
jom.. jom… jom…..
SENARAI NAMA-NAMA YANG IKUT SERTA GIVEAWAYA.. KLIK SINI
Ahh minggu ni kurang menjahit. Seronok melayan ahli keluarga datang bercuti. Kakak pula demam sakit perut pula. Kesian lak tengok dia baring melepek. Saya jahit yang simple-simple aje. Macam ribbon brooch, ada permintaan ramai… nanti saya kongsikan gambar tu ya. Maka, entry pasal jahit menjahit akan berkurangan seminggu dua ni. Hiks
Ramai juga tinggalkan komen minta tutorial dan tanya beberapa soalan. Sebab sibuk sikt, baik saya buat senarai tu, takut lupa pula nanti. Tak sempat tahun ni, tahun depan pon boleh kan?? heheh tahun depan lagi 3 minggu je. cepatnya masa berlalu. Okeh, ini senarai nya:
- tutorial jahit tudung cik kiah dari kain selendang.. hikss
- nak gambar macam mana rupa sebenar anak tudung yang best tu
- tutorial macam mana nak guna mesin Janome ni nak jahit biku-biku hujung tudung
- nak jahit felt?? hhehe rasa ramai yang dah tunjuk cata nya.. saya pon ada tunjuk gambaran dalam Jom Tanya: Felt, tapi saya macam nak cuba aje buat kan ikut gaya saya lak… sempat ke ni?? semua nak pulun hahaha
Ni aje kot. Ada sesiapa nak request buat tutorial apa-apa lagi? Kalau saya pandai, boleh kongsikan sama sharing is caring,, ahahha semua nak guna frasa ni Tinggalkan permintaan anda, mana tau saya tunaikan. Hahhaha asyik nak gelak aje malam ni, sebab tujuan sebenar nak buat entry lain, tapi kelembapan aje nak upload gambar. maka gelak la sendirian nak cover kekecewaan yang melanda. MDH jom la tukar YES… jangan la no
Komen-komen Terhangat