Aktiviti stamping pada tshirt oleh Adik dan Kakak
Kakak Nana kata dia boring cuti sekolah tak buat apa-apa dan tak kemana.. (kesian lah kan, mama sibuk ngan final exam.. abah sibuk ngan SBPA) sila bertabah ye anak-anak. Bagi mendiamkan kakak buat seketika mama ajak dia wat stamping.. selama ni sibuk belek macam nya stamp kan
bahan-bahan yang diperlukan
- stamp
- blok
- fabric watercolor
- tuala
- tshirt kosong (tiada dlm gambar)
- air
- berus (huarghh berus makeup mama jadi mangsa keadaan)
orang penting dalm aktiviti ini: Adik dan Kakak
mula-mula sapukan sedikit watercolor pada stamp
seronok betul tengok muka diaorang masa ni.. tahap teruja tinggi betul heheh JAKUN
kemudian sapukan pada stamp yang dah dilekatkan pada blok
sapu ikut sesedap rasa.. susun la perkataan apa yang nak. ni perkataan SWEET
sapu lagi pada stamp-stamp lain.. kalau boleh nak guna semua stamps yang mama ada.. hehehe dari duduk dah nak mencangkung ekekek
sapu lagi bagi puas hati.. campurkan semua warna yang adaaa
hasil awal.. kakak wajib la posing kan ehhehehe
teruskan menyapu warna.. adik dah mula nak buat aktiviti sendiri
yeahhh hasil yang dah siap.. SWEET GIRL dengan macam-macam corak keliling.. bila dah kering boleh la ironkan atas stamping tu dengan beralaskan kain
dah…. dahhh ni dah aktiviti lain ni… comot di buatnya… takpela mama bg can… nnt korang kemas yer




















Komen-komen Terhangat