Archive

Posts Tagged ‘Stash Swap’

Pincushion update

December 22nd, 2009 TiniHani 3 comments

Update gambar-gambar pincushion yang dibuat oleh member-member swap. Mana yang belum update atau belum dapat lagi moga dapat bagitahu saya ye. terima kasih

Durra–>Anas–>Naiz–>Gaban–>Faridah–>MyRayyan–>Alynn–>Maya–>azie–>ArniNasir—>Hani–>Pianina–>Fuzzy–>Anjungkraf–>Shiela–>Fawa–>Jaja–>Durra


Pincushion daripada Durra buat Anas.
Gedix sangat yg kucing tu. Idea menarik siap bulu-bulu lagi.
Pincushion faridah untuk Cik Kema.
Satu pincushion aje tapi depan dan belakang ada dua warna yang berbeza

Pincushion Cik Kema untuk Alynn
Ni boleh pakai kat tangan dan gantung ke Cik kema? kalau salah info betulkan ye.
Pincushion Alynn untuk Maya.
Alynn kata sepatutnya nak buat dua tapi akhirnya digabungkan jadi satu yang besar. Kreatif.

Pincushion Maya untuk Azie.
Tengok warna ni teringat kura-kura.. Gurau aje Maya. jangan marah saya ye. :)
Pincushion ArniNasir untuk Hani (saya la tu).
Terima kasih la arni, bagi sampai tiga. Dalam stress pon sempat buat banyak. Ahaks

Pincushion TiniHani untuk Pianina.
Dari saya pula. Saja guna botol yang berlebihan kat rumah tu. Ahaks.

Pincushion Fawa untuk Jaja. (Betul ke ni)
Macam cupcake la.. yummy

Pincushion jaja untuk Dura.
Macam best je bolster tu. Kalau kakak nampak ada dia buat main pondok-pondok nanti.

Ok la, ni aje gambar yang saya baru dapat kumpul. Kalau sesiapa yang tertinggal tu bagitahu saya ye. Ada ke yang belum pos lagi? Tu pon maklumkan ya sebab partner swap anda menunggu dengan setianya. So, seronok tak buat swap ni? Nak buat lagi tahun hadapan? kena fikirkan idea menarik la kan. Thanksss semua.

Categories: Blog Tags: ,

Pincushion dari ArniNasir..

December 17th, 2009 TiniHani 3 comments

Saya dah dapat pincushion daripada Arni. Bukan satu tapi tiga. Comel plak tu. Boleh guna dalam keadaan berlainan. Suka sangat.

Yang bestnya, suruh swap pincushion tapi siap rempah masakan pon dia bagi. Tak ke bagus buat swap ni. Boleh la saya usung pin cushion tu pi mana2 sebab cute sangat, boleh masuk dlm handbag pon. Sekali lagi terima kasih Arni. Bila la boleh dapat jumpa muka-ke muka dengan member-member swap ni. :)
Aktiviti swap untuk tahun 2009 akan berakhir disini. Tahun depan nanti kita buat aktiviti swap baru pula ya. Mungkin lebih ramai terlibat dan aktiviti yang lebih mencabar. Ada sesiapa nak turut serta lagi? :)

Categories: Blog Tags: ,

Selesai: Pincushion

December 6th, 2009 TiniHani 2 comments
Akhirnya, siap dah pincushion untuk swap partner saya Pianina. Saya gunakan stash yang diterima dari Shiela. (TQ Shiela..) Gunakan kombinasi warna-warna lembut. Harap-harap Pianina suka eh. Biasa-biasa aje. Swap members lain dah siapke projek pincushion masing-masing? :)
oh ya… adik dah pandai usik kakak… habislah kakak pas ni… hehehe

Categories: Blog Tags: