«

»

May 03

Teknik baru.. saya suka

Setelah berjaya mengorek rahsia anique.. Saya mencuba juga teknik easy stitch ni. Teknik jahitan ini dipopularkan oleh Poppy Treffry. Comel betul tengok hasil jahitan ini. Saya gunakan tapak sulam bebas macam dibawah ni. Masa mula-mula jahit setelah menukar tapak mesin jahit, saya mulakan la jahitan dengan mengikut segala setting untuk mesin tersebut tetapi hampa kerana benang tak melekat dengan kain. Punya la hairan.. macam-macam saya belek nak tengok silap dekat mana rupa-rupanya saya tak turunkan tapak jahitan ini. (heheh sebab rupa tapak dah lain sangat sampai lupa).

Mula-mula jahit punyalah kelam kabut nak kawal kain, nak kawal kaki semua. Sebab tapak ni memang best habis boleh gerak kiri kanan atas bawah tanpa mengangkat atau menurunkan tapak. Bukan macam tapak biasa yang hanya boleh jahit kedepan aje. Kena kawal baik-baik supaya corak yang kita nak terhasil. Kalau tak macam gambar atas la. Hiks kelakar

Bila saya dah dapat kawal pergerakan sepatutnya. Tada… inilah hasilnya. Dah jadi header blog saya. Comel tak? Tolonglahh kata comel. Seronok tau buat aktiviti ni. Takde perlu guna pattern dan peraturan yang memeningkan. Kata easy stitch kan. :)

11 comments

  1. a.n.i.Q.u.e

    comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel comel

    [Reply]

  2. maya

    oohhh… memang comel. saya memang suka jahit freely cam ni.. haha! ade nama rupanya teknik ni. saya tak tau pun.. tapak tu pun tak pernah nampak.. hahaa.. selama ni saya dok pakai tapak biasa tu jer.. puas jugak nak control bahagian curve kecik2 tu… tapi saya tak tau lah mesin saya buleh guna tapak ni ke tak…..

    [Reply]

  3. tinihani

    mak aih bukan main dia

    [Reply]

  4. tinihani

    ha ah. Ada nama. Ahaks. Kalau tapak biasa tu mmg stress nak jahit bentuk yg ada curve. Susah sikit nak free style

    [Reply]

  5. balkhis

    chomeellll….saya tak pernah cuba tanpa fiber..dulu masa belajar kat epal..guna tapak ni utk quilt gila2…memang gila pun jadiknya…kira free hand tini nampak gak la rupa ejaannya tu..i tak cuba lagi…nanti tgk jadik hapa pulak… tapi kan tapak tu dah hilanggg huhu…ada beli tapak tambahan ..fungsi lebih kurang sama tapi tak transparent…mesti lagik celaru kan..hmmm perlu ke beli lagi tapak ni..isk isk

    p/s: parcel smpai ari ni…mcm nak lompat sampai bumbung tgk fabrik tu…lawa gila..dah berangan dah nak buat apa (tapi berangan ja dulu sbb tak pandai lagi jahit kemeja baby boy ..ahaks)

    p/s2: fabrik beli kat mana tu? ikea ka? bila nak pi shopping lagi…nak itutttt (duit i jer lar yg itut hehehe)

    [Reply]

  6. sellynna

    comellll sangat!!~

    [Reply]

  7. tinihani

    saya guna kain sehelai aje ni balkhis… mula2 tu mmg perghhh ke laut takot nak adjust.. pastu baru leh handle.. eheh kalau tak nak guna tak yah la beli.. saya punya memang dah ada dalam koleksi hikss

    p.s: jgn lompat hepp.. nanti dah siap buat apa jangan lupa bgtau ya… ouh kain tu dtg dari bandung tauuu jauhhh

    [Reply]

  8. fabricbuffet

    tini…saya nak exchange banner ye….

    [Reply]

  9. myza

    mahal x tapak ni..saya beli mesin epal xde pon tapak ni.dah cek dlm 15 tapak tmbahan..malang btui..kena beli la nmpaknya..huhu

    [Reply]

  10. Lorna

    Comel 8zillion ;p

    [Reply]

  11. zaza

    tini..thanks zaza dah jumper,..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled