Tutorial Jahit Tudung Syria

Amaran: hahahha lom apa-apa dah ada amaran.. Saya tak teima tempahan jahit tudung syria. Tutorial ni sekadar suka-suka ikut kemahiran yang saya ada :)

Bahan-bahan yang diperlukan

  • kain lycra yang lebarnya tak sampai 1 meter, saya guna lebihan kain dari buat dress labuh yang dulu
  • gunting
  • eraseable pen
  • tudung contoh yang anda suka dengan size dia
  • mesin jahit janome 2049
  • mesin jahit tepi brothers

saya hanya tahu setting dua mesin jahit ini sahaja ye. Kalau nanti korang tanya nak setting mesin singer ke.. bernina ke… saya memang tak tau… hiks :P

lipatkan fabrik lycra supaya boleh kita trace tudung asal tu.. gayakan la ikut mana yang penting boleh bentuk satu tudung

letakkan tudung contoh atas fabrik lycra tadi.. kita akan abaikan awning tu.. tudung syria tak perlu awning. nanti masa nak trace pon agak-agak aje garis untuk buat garisan bahagian muka.

trace tudung tersebut dengan lebihan 1cm dari tudung contoh… ni nati nak jahit tepi dan di buat kelim

kedudukan tudung bila dah selesai gunting.. posisi di lipat

kedudukan fabrik yang diĀ  buka… wrong side la kan

setting mesin jahit tepi, guna satu jarum… tention semua no 4

mulakan jahit tepi di bahagian muka. lebiha dalam 3mm untuk dipotong

selesai jahit tepi bahagian muka. lepas ni nak jahit lurus biasa di bahagian depan

setting mesin jahit janome. jahit lurus, benang jahit biasa, jarum mesin yang biasa juga.

jahit lurus bahagian depan. kelebaran dalam 8mm

bahagian depan yang selesai di jahit lurus biasa

jahit tepi pula untuk bahagian depan. buat lebihan kain dalam 2mm juga

selesai jahit tepi bahagian depan

lipat bahagian muka lebih kurang 8mm dan kemudian di jahit lurus. tak perlu tarik fabrik semasa menjahit. biarkan bergerak macam jahitan fabrik lain.

okay.. sekarang jahit tepi bahagian belakang (keliling tudung)

selesai jahit tepi keliling tudung

kemudian lipat dalam 8mm bahagian belakang/keliling tudung dan di jahit lurus juga

dah selesai jahit semua boleh la di seterika tudung tu supaya hasil nya lebih kemas

hasil tudung syria yang telah siap di jahit sendiri. puas hati? boleh la.. setenagh jam dah siap sehelai hehehe :)

sendiri jahit, sendiri pakai.. sendiri ambil gambar.. maka abaikan aje la kedudukan gambar… bahagian depan tudung yang dah siap. ada pembantu kat bawah tu.. nampak tak? ahahah

Bahagian belakang. Pembantu cilik dah turut serta,,, apa la yang mama buat ni.. ahhaha siap gelak besar dia bila tengok mama dia lari-lari nak tunggu timer kamera Klik… haha asal boleh je la kan nak…

ok la.. harap membantu la tutorial tak seberapa daripada saya ni. Kalau salah tolong betulkan… atau ada cara mudah yang lain boleh kongsikan dengan saya… :GG

 

37 comments to Tutorial Jahit Tudung Syria

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge