Tutorial: Cara mudah untuk buat tali beg

Masih ingat dengan pencil case saya yang lepas. Janji-janji manis saya nak sediakan tutorial untuk sediakan tali beg? Ini saya tunjukkan cara yang mudah. :)

Bahan-bahan:

  1.  Kain yang telah dipotong untuk dijadikan tali beg
  2. Pin – kalau tali beg tu halus, guna pin yang halus la ya
  3. Riben panjang

Jahitkan kain di bahagian wrong side (terbalik) mengikut ukuran yang anda nak untuk jadikan tali beg

Hasil jahitan tali beg tersebut di bahagian wrong side

Kemudian pinkan tali beg dan beg bersama-sama. Pinkan dibahagian paling hujung.

Lepas tu, masukkan ke dalam ruangan tali beg. Sumbatkan perlahan-lahan ya

Masukkan dan tarik pin tu ke bahagian dalam perlahan-lahan. Macam nak pasang getah seluar tu.

Sambil masukkan ke dalam, luruskan kain tu juga

Ni dah sampai ke penghujung. Pin dan riben tu dah keluar. Dah nampak bahagian kain yang bercorak (right sides)

Kain yang bergulung tu lurut ke belakang. tarik kain tu kemas-kemas

 Bila dah habis tarik. Pin dah ada kat bahagian hujung, riben pon dah terkeluar kat bahagian hujung lagi satu :)

Ini hasilnya bila dah diterbalikkan kain tu. Saya letakkan bahagian yang berjahit di tengat-tengah. Sebab, bila dah buat tali beg, tak nampak la bahagian jahitan tu.

Gosokkan depan dan belakang.

Tadaaa…. dah siap dah tali beg. Boleh la buat tali beg atau pemegang wrislet dengan kemas selepas ini. :)

17 comments to Tutorial: Cara mudah untuk buat tali beg

  • nampak macam buleh buat.. tapi bila buat ntah camner la jadiknya.. hehe.. cik tini selalu wat tali pemegang tu brape inci ek lebar & panjangnya.. tq… :)
    zila recently posted..Daniels pillow is done!

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @zila, yg saya buat utk pencil case tu bila dah siap jadi nya 1.5inci… kalau nak buat tali beg, ikut la suka tuannya beg.. kalau beg besar n berat kena la lebar kan.. kalau kecik.. sakit lak bahu. panjang pon ikut tujuan dan kesuaian beg tu :)

    [Reply]

  • buat tali camni kalau besar senang nak terbalikkan.. kalau tecit cinonet.. adoiiii. last2 jahit je lah..(top stitch)
    mila@rimbun recently posted..Back to nature but not so natural

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    haah, paling kecil leh buat pon 1cm, guna safety pin yg gold tu. Kena sabar jua. Hehe

    [Reply]

  • bagus juga sembunyikan jahitan tu kat tengah….nampak cantik..sebab kita taknampak ….bagusla idea tu Tini..tq…nak try la pasni…aduyai..wristlet pun tak terbuat lagi ni..hehe…
    diesha recently posted..Free Tutorial – Peasant Blouse Part 2

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @diesha, tu la.. selalau kala susah nak terbalikkan semua buat top stitch.. bak kata mila.. ekekek kali ni boleh la cuba cara ni pula :)

    [Reply]

  • nurul

    dear tinihani….
    thanks for the tips ye….dh cuba pun….akak buat tali beg botol air anak akak…

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @nurul, hi kak nurul.. bagus la eh kalau berguna.. :)

    [Reply]

  • tengkiew tini akhirnya jumpa gak cara wat tali bag..dr ritu cari x jumpa..(malas nk goggle sebenarnye) huhu…nk wat totebag lah hehe

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @cuda, ekekekek senang aje kan.. nnt upload tote bag tu hiks

    [Reply]

  • cantik tali beg tu..
    boleh la try satu..
    naimulfirdaus recently posted..separuh gelas masih ada

    [Reply]

  • izah

    hi kak..saya ade buat tali untuk cerut sarung bantal…cube gune teknik ni…tapi tu la..bl masukkan pin tu..kain yg belakang tu tak dpt nak luruskan…mm..tapi mcm terlupe psl riben tu la…ok..nanti saya cube lg..thanks the info..

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @izah, try iron la nk bg lurus… Tak pon buat panjang sikit then yg hujung tu leh gunting buang hehe

    [Reply]

    izah Reply:

    @TiniHani, ha..kak tini dah berjaya dah…betul la..saya terlupe riben tu…best..tip-tip akak byk membantu…ingat nak cube yg buat label sendiri tu lak..

    [Reply]

    TiniHani Reply:

    @izah, yeah berjaya gak eh.. Bagus ekekkeke

  • wah..senang je ye gune cara nie..b4 nie jus lipat pastu jahit lurus hasil nye x cantek pon..pasni kene ikut cara nie baru comei..tq kak..

    [Reply]

  • sue

    emmm.. tapi macam mana nak buat tali untung butang baju, yang tue lagi lah terlebih-lebih halus, sy buat sampai dh giveup tk jadik2….

    [Reply]

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge