
Hari ini saya nak kongsikan dengan semua macam mana nak buat finger puppet. Sesuai untuk yang ada anak-anak kecil ini. Boleh menghiburkan mereka sambil mengajar jenis-jenis haiwan. Saya pilih tiger comel. Tutorial asal saya dapat daripada Majalah kegemaran saya: Sew Hip Issues 14.

Mula-mula sediakan dua helai potongan felt berwarna jingga untuk membentuk badan tiger. Di sini saya cadangkan gunakan felt yang lembut dan tebal. Baru cantik bila nak membentuk jadi tiger tu. Lepas itu sediakan pula potongan felt bewarna putih untuk bahagian perut. Jahitkan potongan untuk perut itu ke badan tiger dengan cara jahitan backstitch dengan menggunakan warna benang yang sama.
Selesai daripda itu, bentukkan pula mata, hidung dan mulut tiger menggunakan benang bewarna hitam. Belang tiger juga boleh dijahitkan dengan menggunakan felt bewarna hitam. Disini, anda boleh gunakan kain felt yang sedikit keras.
Selepas itu, sediakan juga potongan segitiga yang sesuai untuk membentuk telinga tiger.
Terbalikkan badan tiger kebahagian dalam dan letakkan potongan telinga itu ke bahagian dalam juga. Letakkan satu lagi potongan felt bewarna jingga keatas muka tiger.

Jahitkan keliling badan tiger tersebut. Saya gunakan benang hitam dan jahitan backstitch untuk selesaikan jahitan. Lagi cantik kalau guna warna benang yang sama dengan kain felt. Selesai Jahitan, terbalikkan ke bentuk asal badan tiger (yang ada muka dia)

Tada… inilah hasil jahitan felt yang mudah tetapi sangat bermakna. Nak jadikan hadiah pon sesuai. Buatlah banyak-banyak puppet macam arnab, penguin, zirafah dan lain-lain lagi.. nanti boleh buat puppets show pula. Marilah mencuba jahit finger puppet ya, asyik jahit sepit rambut aje. Hihikhik…
8 comments
d u r a
April 6, 2010 at 9:50 am (UTC 8) Link to this comment
cutenya finger puppet. bole try neh..thanx for the tutorial
[Reply]
Maya
April 6, 2010 at 10:28 am (UTC 8) Link to this comment
nice tute..
hari tu nampak kat tv, anak saya ada ajak buat gak.. tapi tak sempat2 lagi.. haha..
[Reply]
Ila
April 6, 2010 at 11:13 am (UTC 8) Link to this comment
comeel!!!
[Reply]
Zura
April 6, 2010 at 11:49 am (UTC 8) Link to this comment
Comelnya! Seronok kalo dapat wat ni mesti becok si Hanan bercerita
[Reply]
a.n.i.Q.u.e
April 6, 2010 at 4:41 pm (UTC 8) Link to this comment
simple n sweet … budak2 mesti suka nak buat
:-)
[Reply]
sue
November 19, 2010 at 10:14 am (UTC 8) Link to this comment
Cute ja…Buat tuk party kanak2 ok gak nih…
Thank’s share tutorial…
sue recently posted..Rendang Ayam
[Reply]
TiniHani
November 20, 2010 at 10:48 am (UTC 8) Link to this comment
@sue, ha ah sesuai bebenar untuk budak2
[Reply]
intan
January 25, 2012 at 10:30 am (UTC 8) Link to this comment
boleh cuba ni…kalau saya buat pastu saya nak lekatkan kat hujung towel tecik baby saya sbb dia suka sgt main ngan towel tecik…boleh jadi macam toy dia, kan?
[Reply]