1. Inilah rupa tapak untuk jahit kedut untuk digunakan bersama mesin janome Harmony 2049.
2. Tanggalkan tapak mesin yang biasa, bagi bogel aje macam tu.
3. Sangkutkan tapak kedut tu ke pemegang tapak mesin. Skru kuat-kuat ya, nanti tertanggal masa menjahit payah lak.
4. Tetapkan untuk pilihan mesin macam digambar:
- i. Jenis jahitan lurus
- ii. Lebar jahitan 3 – 4
- iii. Kedudukan mata jarum di belah kiri. No. 5
5. Letakkan fabrik hijau yang nak dikedutkan dibahagian bawah tapak mesin. Right side (yang bercorak) mengadap atas ya.
6. Masukkan pula fabrik yang hendak dicantumkan dengan fabrik kedut tapi di dalam ruangan tapak kedut tu. Seperti yang ditunjukkan dalam anak panah tu. Right side mengadap bawah.
7. Turunkan tapak mesin dan turunkan jarum
8. jalankan mesin. Kedudukan fabrik hijau akan berkedut semasa mesin berjalan dan akan terlebih sedikit dari yang fabrik polkadot. Kawal fabrik supaya tidak lari dari kedudukan asal.
9. Gambar belah kiri hasil jahitan yang belum dijahit tepi kesemuanya. Gambar belah kanan hasil jahitan yang telah dijahit tepi keseluruhannya dan nampak lebih kemas
10. Inilah hasilnya, Fabrik polkadot bahagian atas, fabrik hijau yang mempunyai kedutan hasil jahitan menggunakan tapak mesin jahit kedut. Saya gunakan tapak ini untuk jahitkan tiered skirt nana hari tu. Selamat mencuba semua.












31 comments
mila@rimbun
February 21, 2011 at 11:00 am (UTC 8) Link to this comment
tapak ni mmg best guna.. jadi kedut dengan sendirinya hahaha.. magic magic (anak saya cakap)… cuma tak tau nak bajet kain yg kedut tuh panjang mana jer… or else kena potong lebih skit, kalau terlebih, potong jer kan… satu lg rasanya kedut tuh depends pada tension benang kut..
mila@rimbun recently posted..Di Pondok Kecil
[Reply]
TiniHani Reply:
February 21st, 2011 at 5:09 pm
@mila@rimbun, ah saya pon mula-mula macam tu, kadang tak cukup atau terlebih. cara yang paling berkesan, bila dah puas belek buku dan internet, kain yg tingkat no 2 (yg bawah) kena 1.5 lebih panjang dari yang atas.
contohnya,
lapisan pertama panjang = 50cm,
yang kedua = 75cm
yang ketiga = 112.5cm
dn seterusnya.. baru lakedut tu cantik jadinya… heheh
[Reply]
norem
February 21, 2011 at 4:44 pm (UTC 8) Link to this comment
saya ada mesin jahit tepi brand brother boleh jahit kedut..tapi x pernah cuba lagi..sebab confius nak letak kain..lagi satu tak tahu nak adjust dia punya pisau..ada cd cara nak guna..tapi x explore lagi.
norem recently posted..Jom Jahit Apron
[Reply]
TiniHani Reply:
February 21st, 2011 at 5:05 pm
@norem, cuba explore.. saya pon ada, tp lom pernah cuba.. hehehhe nnt kita cuba sesama eh ahaks
[Reply]
niza
February 21, 2011 at 8:53 pm (UTC 8) Link to this comment
Laaaaa……cam gitu ker.Kacang jerlah. Tak payah nak tarik tarik benang.Lepas nie abis semua kain yang berkedut kedut kat umah nie. Hehehehhe. Thanks yek.
niza recently posted..Aktiviti Di Hujung Minggu
[Reply]
TiniHani Reply:
February 22nd, 2011 at 10:28 am
@niza, hahah tau takpe.. jimat masa
[Reply]
imanmom
February 22, 2011 at 7:33 am (UTC 8) Link to this comment
salam tini,kalau beli tapak tu berapa ya harga dia..
senang nak buat kedut2 tu..
[Reply]
TiniHani Reply:
February 22nd, 2011 at 10:27 am
@imanmom, maybe harga dia dalam RM20-RM30 satu. Saya sebab beli satu set, tu yg tak pasti harga satu.. nnt saya check ngan epal eh
[Reply]
aRninas
February 22, 2011 at 10:20 am (UTC 8) Link to this comment
tini, tapak tu ada tak untuk mesin Singer.. if u know la…
baru semalam buat kedut2 kat dress guna cara manual… fuh.. lambat…
[Reply]
TiniHani Reply:
February 22nd, 2011 at 10:26 am
@aRninas, ada… tp kena cari yg utk singer la eh, sng kalau ada tapak ni.. nak2 sapa yg suka jahit ropol
[Reply]
Suzie
February 22, 2011 at 7:17 pm (UTC 8) Link to this comment
Tini ,
Kak suzi pernah juga buat kedut untuk sarung bantal n cadar tapi guna tapak yang lain .Mesin Janome juga …tak tau pula yang ini pun boleh guna.Tapak yang besar tu boleh adjust nak kedut besar ke kecik ke memang berbaloi…tq tini for your info…
[Reply]
DeLLa
February 23, 2011 at 8:55 am (UTC 8) Link to this comment
tini..tapak kedut ni boleh adjust ke kekedutannya?maksudnya..boleh ke nk kedut sikit2 or kedut byk2..thanks
DeLLa recently posted..SeLaMaT ULanGTaHuN UtK MaK CaYanG
[Reply]
TiniHani Reply:
February 23rd, 2011 at 6:00 pm
@DeLLa, erm hari tu cuba takde lak adjust banyak ke sikit.. hikss.. sama aje jadinya.. tp ada terterik kain ke depan.. dia jadi jarang2 kedutnya… nnt saya try apa jadi kalau adjust lebar jahit tu eh
[Reply]
DeLLa
February 28, 2011 at 10:47 am (UTC 8) Link to this comment
tq tini..smlm g cari tapak kedut yg sesuai ngan mesin singer sy..malang nya takde yg secocok..sbb mesin sy jenis clip on..tp ade jual..jenis screw mcm tini ni..boleh pasang kat mesin..tp tinggi sgt..dah turunkan jarum pun still tak cecah tapak mesin..keciwa
DeLLa recently posted..SeLaMaT ULanGTaHuN UtK MaK CaYanG
[Reply]
mary sonny
March 15, 2011 at 8:15 am (UTC 8) Link to this comment
terima kasih banyak tini…blog u banyak membantu saya….esp..pengunaan tapak mesin.. saya ada tapak mesin tu tapi tak ada masa nak p blajar kat epal… nasib baik ada tutorial kat sini…terima kasih skali lagi….
[Reply]
TiniHani Reply:
March 15th, 2011 at 8:43 am
@mary sonny, Heheh suka i dgr bila membantu org lain. Saya buat pon utk ingatkan diri sendiri.. Heheh
[Reply]
Ina
May 30, 2011 at 11:21 am (UTC 8) Link to this comment
Hmmm…mudah la guna tapak kedut nie.Selalunya buat kedut manual jer…tarik sendiri..Pernah tanya kat kedai singer,tapi dia orang kata tak ada tapak kedut tu…kat mana yer nak cari tapak kedut untuk mesin singer..
Ina recently posted..1st Giveaway by RedRidingBow
[Reply]
TiniHani Reply:
June 13th, 2011 at 12:27 pm
@Ina, tak pasti lak saya.. kalau kedai singer pon tak tau.. saya lagi la tak tau… ekeke saya guna janome 2049
[Reply]
suzie
July 20, 2011 at 5:31 pm (UTC 8) Link to this comment
saya punyer mesin jahit jenama biasa jer….bleh ker kalau saya nak pakai tapak tu?…..teringin nak wat la….
[Reply]
TiniHani Reply:
July 21st, 2011 at 9:42 am
@suzie, kena cek manual mesin awak la ya… saya tak pasti
[Reply]
Nana
September 25, 2011 at 7:26 pm (UTC 8) Link to this comment
saya ada mesin jahit jenama okurma 308. sy dah lama carik tapak kedut mesin ni..mane nak cari ye?ade sesiapa boleh tlg bagitau katne nak carik???plss…….
[Reply]
TiniHani Reply:
September 28th, 2011 at 9:09 am
@Nana, Tak tanya kat penjual mesin tu ke? Manatau diaorg ada jual ke hehehe btw, tak pernah dgr brand tu.. Sorry
[Reply]
Kittyshawls
September 30, 2011 at 7:33 pm (UTC 8) Link to this comment
Kt mne Mai boleh cari tapak ni..akak ade jual x?Mai pkai mesin epal
[Reply]
jamilah
October 4, 2011 at 3:31 pm (UTC 8) Link to this comment
saya gune mesin murah jer….n xder d bekalkan tapak untuk jahit kedut..agak2 if saya nak bli tapak nie di mana yer or ade yg jual online…thanks yer..
[Reply]
aida
October 16, 2011 at 11:47 am (UTC 8) Link to this comment
best la….byk kegunaan ni…sb hobi masa lapang sy menjahit…
[Reply]
Zulz
November 27, 2011 at 2:13 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam, boleh ker mesin jahit ni bust jahit tepi tudung sekolah ah(kain sand wash)
[Reply]
TiniHani Reply:
November 30th, 2011 at 8:44 pm
@Zulz, basic jahit tepi boleh la tp tak kemas sgt
[Reply]
deemumtaz
February 22, 2012 at 11:57 am (UTC 8) Link to this comment
@DeLLa
Saya baru beli tapak ni utk mesin Singer. Kena cari kat supllier Singer baru ada.
[Reply]
eleza
February 22, 2012 at 1:28 pm (UTC 8) Link to this comment
jealous tengok tini pandai jahit and x kdekut ilmu.Smoga Allah memberkati usaha tini.Sy sgt minat nk wat macam2 jahitan tapi x pandai … siannya sy.Yg paling sy teringin cam ner nak jahit tudung syria awning lembik tapi boleh mancung hujungnya….boleh tini tunjuk ajar.T/kasih.
[Reply]
farah
April 3, 2012 at 5:23 pm (UTC 8) Link to this comment
agak2 mesin jahit pe yg ssuai nak jahit kain lycra ya…nak wat jubah…
[Reply]
TiniHani Reply:
April 5th, 2012 at 5:33 pm
@farah, semua mesin sesuai.. Guna jarum yg berbeza.. Dan tentukan setting yg sesuai kat mesin jer
[Reply]