Kali ini saya ingin berkongsi bersama cara-cara menggunakan tapak lubang automatik. Tapak ini boleh digunakan untuk membuat lubang butang pelbagai saiz.
1. Tapak lubang butang automatik.
2. Saya hendak membuat lubang butang bagi butang heart yang besar, tapi saya guna butang love yang kecil sebab butang love ni tak perlu lubang yang besar-besar sangat.
3. Masukkan butang love kecil dalam ruangan tapak lubang. Size maksima butang yang boleh diletakkan disini adalah 1inci (diameter).
4. Tanggalkan tapak zigzag.
5. pasangkan tapak lubang butang
6. ini lah rupa kedudukan tapak lubang butang tu. Bahagian yang ada butang di bahagian belakang.
7. Tetapkan ketegangan jahitan, jarak jahitan dan lebar jahitan.
8. Turunkan paras lubang butang (sensor)
9. Letakkan sensor dikedudukan tersebut.
10. Mulakan jahitan. Tarik kain kehadapan pada awalnya dan tarik kain kebelakang untuk membentuk lubang butang.
11. Lubang butang yang sudah siap. Guntingkan jarak ditengah-tengah tersebut supaya membentuk lubang butang.
12. Akhirnya lubang butang sudah siap. Muat untuk dimasukkan butang love besar.
p.s: Boleh faham ke? Pertama kali ni tunjukkan tutorial. Kalau ada silap atau nak tanya apa-apa bagitahu ye.



20 comments
ajnie's
January 4, 2010 at 10:42 am (UTC 8) Link to this comment
terima kasih sudi berkongsi tutorial…selama ni sy tertnya2 cr membuat lubang butang..selalu p hantar kedai jer..kali ni pasti buat sendiri..
salam perkenalan…
[Reply]
TiniHani
January 6, 2010 at 10:49 am (UTC 8) Link to this comment
hi ajnie.. lambat reply
senang aje kan kalau dah tau… boleh wat selalu
[Reply]
Abby
January 6, 2010 at 2:37 pm (UTC 8) Link to this comment
hai tini, suker sgt ada tutorial ni, sb i mg dok cari2 camna nak pakai menda alah ni..kehehe..dok gelak sorang2 sb rupanya salah pakai..malu!!! tini, boleh tanya tak, apa sensor tu? mesin jahit i tak de, apsal nak kena lower sendor tu?
[Reply]
TiniHani
January 6, 2010 at 2:46 pm (UTC 8) Link to this comment
Abby.. memang u cari takde eh sensor kat tepi mesin jahit tu? sensor ni guna dia nak had kan jarak/size lubang butang tu masa mesin bergerak (tgh jahit)
maybe u boleh cuba dengan mesin u dulu without sensor tu. manatau berjaya.
[Reply]
sue
February 7, 2010 at 3:19 am (UTC 8) Link to this comment
salam…saya nak tanye..mcm mana nak jahit tepi mcm dekat kedai guna mesin ni?kalau kain tebal tu ok la..tp kain nipis xjadi la..pls..blh ke?
[Reply]
TiniHani
February 7, 2010 at 8:56 pm (UTC 8) Link to this comment
mesin ni boleh jahit ala tepi. tapi tak la sekemas mesin jahit tepi betul. kain nipis sesuai guna roller foot he,. zura/jurra/maya ada buat tutorial dia.
[Reply]
yatie
March 10, 2010 at 8:19 pm (UTC 8) Link to this comment
ingat lagi masa first time nak buat lubang butang.. nak nangis rasanye.. balik je husband from work terus susruh dia ajarkan.. hahah
now no problem…
[Reply]
miss sue
December 20, 2010 at 10:09 am (UTC 8) Link to this comment
rock babe! thanx for da info
miss sue recently posted..Hantu air slow down kejapstay tuned
[Reply]
nor
February 2, 2011 at 10:37 am (UTC 8) Link to this comment
salam, tq info mmg menarik…tp dimana nk cari tapak lubang butang automatik? selama ni sy htr kedai…sy gunakn mesin singer boleh ke tapak tu?..t.kasih
[Reply]
TiniHani Reply:
February 2nd, 2011 at 10:48 am
@nor, salam.. tak pasti lak untuk mesin singer. saya rasa mesin singer yg latest ada kot tapak ni. kena cek balik la ngan kedai singer. saya guna epal janome 2049
[Reply]
suza
March 12, 2011 at 4:50 pm (UTC 8) Link to this comment
salam perkenalan tini,
byk dpt manfaat dr blog awak ni, kita ada mesin jahit yg sama tp sy xtahu nk guna tapak butang ni. tahniah atas usaha tini
[Reply]
TiniHani Reply:
March 15th, 2011 at 8:47 am
@suza, Tq dear
[Reply]
ijah
March 13, 2011 at 5:44 pm (UTC 8) Link to this comment
salam tini..bestlah blogged tini..byk information..tahniah..nak tnya tapak lubang butang ni blh tak guna mesin biasa ngn mesin juki..selalu ada tak tapak mcm nie kat kedai2 jahit?
[Reply]
TiniHani Reply:
March 15th, 2011 at 8:46 am
@ijah, Lain mesin lain tapaknya. Saya pernah namapak tapak jenis mcm ni utk singer kat kedai. Tp lupa kat mana da
[Reply]
fasiha
April 20, 2012 at 10:26 am (UTC 8) Link to this comment
Assalam kak.
Kalau kita pakai tapak ni n letakkan butang tu, jahitan untuk lubang butang tu akan automatik ikut saiz butang ye?
[Reply]
fafa
April 20, 2012 at 3:37 pm (UTC 8) Link to this comment
kenapa bila saya jahit lubang butang mesin x gerak automatik pun. ada masalah ke??
[Reply]
TiniHani Reply:
April 20th, 2012 at 4:33 pm
@fafa, kain tu pon kena gerak kan ke depan.. Guna mesin apa?
[Reply]
fafa
April 20, 2012 at 7:38 pm (UTC 8) Link to this comment
guna mesin epal jgk tp jenama ringo..
[Reply]
fafa
April 20, 2012 at 7:49 pm (UTC 8) Link to this comment
saya dh gerak kain tu ke dpn.. tp masalahnye mesin tu x nak patah balik bile dh siap 1 line..
[Reply]
TiniHani Reply:
April 20th, 2012 at 7:57 pm
@fafa, oh guna mesin ringo… Mungkin kena setting lain… Saya tak plak napa tak mau patah balik… Kena tarik kain tu belkang… Cuba la… Kalau tak boleh tak tau la mcm mana
[Reply]